Monday, April 26, 2010

KUALA PERLIS BAKAL JADI BANDAR MARITIM


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengesyorkan dan mencadangkan agar Kuala Perlis dijadikan Bandar Maritim untuk negeri Perlis Indra Kayangan.
Baginda bertitah demikian kerana daerah Kuala Perlis mempunyai lokasi yang amat strategik sebagai bandar perhubungan utama pengangkutan laut antara Pulau Langkawi, Semenanjung Malaysia, Wilayah Satun di Thailand serta dijadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa yang menghubungkan lokasi lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Acheh, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Terminal feri Kuala Perlis juga merupakan pintu masuk utama ke Malaysia dari Pulau Langkawi dan Wilayah Satun di Thailand melalui jalan laut.
Kerajaan negeri Perlis juga, telah mengemukakan cadangan membina jeti perikanan baru di Kuala Perlis iaitu yang terbesar di Malaysia bagi melayakkan daerah ini diangkat sebagai bandar maritim. Ini juga akan menyumbang dalam memajukan industri perlancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis khususnya.
Turut hadir dalam majlis perasmian Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bersama Rakyat Perlis ini ialah Raja Muda Puan Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

0 comments: