Sunday, April 18, 2010

PERTAHAN KEAMANAN DEMI GENERASI AKAN DATANG


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat mempertahankan keamanan negara untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Baginda juga adalah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Malaysia. Turut berangkat hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya melihat pertahanan negara hanya di pikul oleh pasukan keselamatan sahaja sedangkan generasi baru juga mempunyai tanggungjawab yang sama memastikan keadaan yang stabil serta makmur untuk di warisi di masa akan datang. Baginda juga berharap, rakyat mengambil peluang menyertai pasukan sukarela seperti Askar Wataniah untuk sama-sama mempertahan kedaulatan negara kerana sejarah telah membuktikannya.
Tengku Faizuddin juga berkenan menyematkan pemakaian pangkat Mejar Kehormat kepada Pengarah Biro Tata Negara Perlis, Jazli Fadzil sebagai anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di majlis penutupan kursus asas perajurit muda sukarela di Padang Besar, Perlis.

0 comments: