Monday, May 17, 2010

KETUA SPRM TERIMA DARJAH PAHANG


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengetuai senarai 159 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sulatan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.
Abu Kassim Mohamed dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sultan Ahamad Shah berkenan menganugerahkan SSAP kepada 7 penerima lain dan 1 SSAP Kehormat yang turut membawa gelaran Datuk Seri.
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 2 penerima.
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada 7 penerima.
Darjah Indera Makkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk seramai 88 penerima.
Pada istiadat itu juga, Sultan Ahmad Shah berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 5 penerima dan 12 orang menerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) serta Ahli Mahkota Pahang (AMP) sermai 24 orang.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran serta pingat itu juga turut dihadiri Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.

0 comments: