Sunday, May 2, 2010

ZIARAH MANGSA TEMBAK


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra menziarahi pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd yang cedera ditembak dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
Tengku Faris yang memandu sendiri keretanya, memakai jubah putih tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pengawal keselamatan dan disambut oleh pagawai-pegawai kanan hospital.
Baginda berada di situ kira-kira setengah jam untuk mengetahui keadaan kesihatan pengawal itu yang di jangka akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang terbenam di dadanya.
Baginda juga mengarahkan pihak polis membuat siasatan segera kes ini bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang di anggap serius.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah malam, mangsa yang menunggang sendirian ditembak dari jarak dekat oleh orang yang tidak di kenali, di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.
Mangsa yang cedera di dada dihantar ke Hospital Tumpat sebelum di rujuk Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana di dapati serius.

0 comments: