Wednesday, June 30, 2010

RANCANG DASAR NILAI PELAJAR

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah kegagalan dalam perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu contoh serta panduan yang harus dijadikan pengajaran buat semua lapisan masyarakat dan golongan pemikir.
Sebarang perlaksanaan dasar berkaitan kaedah penilaian pelajar mesti dirancang dan dilaksanakan dengan rapi serta secara berperingkat demi memastikan pelajar tidak menjadi mangsa di atas setiap kali perubahan dasar dilakukan. Hasrat kerajaan mengkaji semula kaedah penilaian pelajar ini sangat bertepatan dan dapat membantu melahirkan barisan warga muda yang lebih inovatif dan lebih ktreatif.

LAFAZ CERAI TANGGUH

Perbicaraan pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra terhadap isteri keduanya, Cik Puan Elia Suhana ditangguhkan berikutan permohonan plantif Nok Rohana meminda penyataan tuntutannya.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, membenarkan penangguhan setelah plantif mengemukakan permohonan meminda penyataan tuntutan yang difailkannya.
Peguan juga, enggan memberi sebarang ulasan mengenai pindaan tersebut untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah.

Monday, June 28, 2010

DAPAT LESEN KERETA API

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menamatkan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke-12 bersama rombongan diraja yang disertai Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia Ibni Almarhum Sultan Idris, putera baginda Tunku Idris dan puterinya Tunku Aminah dengan jayanya menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama bagi melalui 4 daerah di Johor.
Baginda serta rombongannya tiba di JB Sentral pada pukul 5.00 petang, selepas selesai melakukan prosedur "turn table" bagi memusingkan lokomotif 86 tan di Stesen Gemas, Negeri Sembilan bagi melayakkan baginda Sultan memperoleh Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26 yang diserahkan oleh Presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad.
KMJ 2010 kali ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila baginda Sultan Ibrahim sendiri sudi memandu kereta api bagi mendekatkan hubugan keluarga Diraja dengan rakyat Johor khususnya melalui program kembara ini.

Saturday, June 26, 2010

PANDU KERETA API

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 selama 3 hari ini bakal menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim memandu sendiri kereta api sejauh 400 km melalui 4 daerah bermula dari Johor Bahru ke Gemas sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
Acara pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Stesen JB Sentral.
Program KMJ kali ini akan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi dan apabila baginda sultan berjaya memusingkan lokomotif ini secara manual dengan menggunakan turn table sebagai satu syarat untuk memiliki Lesen Kelas 26 iaitu lesen memandu kereta api yang sah.
Baginda sultan juga berkenan melawat gerai pameran dan jualan karnival pertanian di Kulaijaya.

Friday, June 25, 2010

KAJI SEMULA GANTI TAMBAK JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor ang dibatalkan pada 2006.
Projek jambatan baru ini penting untuk kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Dengan terbinanya jambatan berkenaan akan melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Baginda berkenan mencemar duli bagi merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010. Hadir sama Raja Zarith Sofia Sultan Idris, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Baginda juga berasa bangga kerana bangunan ini dibina oleh kontraktor Bumiputera Johor serta siap mengikut jadual.

Wednesday, June 23, 2010

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-221

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-221 kali ini dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Mesyuarat 2 hari ini, berlangsung di Istana Negara.
Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan semua sultan serta Yang Di Pertua Negeri turut menghadiri kecuali Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, Terengganu diwakili Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Pahang diwakili Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Mesyuarat kali ini juga menyentuh perkara berkaitan agama, pertahanan, perlantikan dan ekonomi semasa negara.

Tuesday, June 22, 2010

LIMPAHAN REZEKI

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 adalah satu platfom pertemuan keluarga Diraja Johor dan pentadbir negeri bersama rakyat jelata untuk beramah mesra di setiap semua destinasi persinggahan rombongan ini.
Kluang Rail Coffee antara salah satu destinasi persinggahan bagi rombongan kembara kali ini. Kedai ini telah beroperasi selama 72 tahun sejak dari tahun 1938. Kedai ini juga akan beroperasi 24 jam semperna menyambut ketibaan rombongan bersama kereta api Diraja berkenaan.
Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli di kedai ini yang terkenal dengan kelazatan kopi dan keenakan roti bakarnya.
Peniaga setempat juga bakal menikmati limpahan rezeki semperna kunjungan program kembara kali ini. Masyarakat setempat juga mengalu-alukan kunjungan Sultan Ibrahim di setiap siri jelajah destinasi baginda. Melalui program ini juga akan lebih mengeratkan hubungan keluarga istana dengan rakyat jelata.

Monday, June 21, 2010

BERKENAN SINGGAH

Kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim melalui program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kampung Chamek daerah Kluang menjadi tumpuan dan kebanggaan penduduk kampung kerana terpilih sebagai salah satu destinasi laluan bagi program ini pada 27 Jun 2010.
Penduduk di sini berasa amat bertuah kerana baginda Sultan sudi singgah di kampung berkenaan dan mendapat limpahan infrastruktur yang di naiktaraf. Di dalam program berkenaan juga baginda berkenan sudi singgah dan merasmikan Sekolah Agama Kampung Melayu Chamek. Sekolah ini juga di naiktaraf dan memilki portal laman web sendiri yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sunday, June 20, 2010

TIDAK PERKENAN

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris menarik balik perlantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.
Tengku Ahmad Zahiri telah menghadap Tuanku Ismail di Istana Mahkota mendakwa baginda Sultan meluahkan kekesalan terhadap tindakan berkenaan. Selain penarikan balik gelaran anugerah JP beberapa anugerah lain turut dilucutkan seperti Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT).
Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada 7 individu dan Jaksa Pendamai (JP) daripada 3 penerima oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Friday, June 18, 2010

BENDUNG AJARAN SESAT

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Sungai Merab, Selangor.
Baginda juga bertitah, supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) khususnya bagi memantau dan memastikan agar tidak wujud sebarang ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah umat Islam.
Penceramah serta tenaga pengajar seharusnya mempunyai tauliah yang diiktiraf untuk mengajar dan berceramah di masijd atau surau bagi memudahkan pihak JAIS mengawasi aktiviti yang dijalankan serta pantauan dapat dilaksanakan supaya kegiatan ajaran sesat dapat dibendung dengan segera. Masyarakat setempat juga haruslah prihatin dan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada JAIS bagi meyekat penularan kegiatan ini. Pihak JAIS juga haruslah memantau sebarang aktiviti berkenaan agama supaya garis panduan dapat dipatuhi.

Wednesday, June 16, 2010

10 DITARIK DARJAH

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris menarik balik darjah kebesaran negeri dan gelaran daripada 10 orang individu termasuk 7 Datuk Paduka dan 3 orang Jaksa Pendamai (JP).
Pengumuman perlucutan darjah kebesaran negeri Kelantan dan gelaran ini dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri (SUK).
Penarikan balik pingat adalah hak Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang dibuat mengikut budi bicara dan hemah baginda.
2 daripada individu yang dikenakan tindakan juga terbabit juga sedang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semua individu terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan masing-masing menerusi surat.

SULTAN BRUNEI CERAI AZRINAZ

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda Azrinaz Mazhar Hakim selepas 5 tahun berkahwin dengan talak satu.
Baginda mengahwini Azrinaz pada 2005 serta mempunyai 2 orang cahaya mata, seorang lelaki iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Pengumuman khas dibuat yang dibuat di seluruh Brunei dibacakan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana.
Gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.
Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup.
Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pengiran Hajjah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.
Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah merupakan Putera Mahkota Brunei yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan.
Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.

Tuesday, June 15, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke 12 yang bakal menyaksikan kelainan dan kemahiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu kereta api yang merupakan pengangkutan utama pada program kali ini berlangsung sepanjang 26 hingga 28 Jun 2010.
Keistimewaan KMJ edisi ke 12 ini berlangsung selepas baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ayahanda baginda.
Sebagai persediaan baginda telah membuat penyelidikan melalui Internet dan pembacaan buku berkaitan enjin serta pengendalian kereta api.
Baginda turut berkenan memandu kereta api gerabak dari Stesen Keretapi JB Sentral ke Stesen Kulaijaya serta menzahirkan teruja baginda menanti tarikh 26 Jun 2010 untuk bertemu seluruh rakyat jelata dan tidak sabar hendak dapat lesen memandu kereta api.

Sunday, June 13, 2010

CERAI DIBICARA SECARA TERTUTUP

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengarahkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana dilaksanakan secara tertutup.
Hakim Syarie, memutuskan demikian bagi menghormati hal peribadi baginda Sultan. Orang awam diminta meninggalkan geleri awam mahkamah bagi tujuan tersebut.
Nik Rohana memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga oleh Tuanku Ismail terhadap Cik Puan Elia.
Baginda Sultan didakwa menjatuhkan talak terhadap Elia Suhana di hadapan beberapa orang saksi di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Ismail Petra berkahwin dengan Elia Suhana pada penghujung tahun 2007.

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan berkenan merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Masjid yang bernilai RM200 juta ini mula dibina pada tahun 2004 serta menggunakan 70% besi dan selebihnya konkrit siap pada tahun 2009. Masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang menggunakan 6,000 tan besi dalam pembinaannya.
Masjid ini juga, berupaya menampung 20,000 jemaah dan di lengkapi dengan dewan solat utama, dewan orang ramai, 3 unit kuarters 2 tingkat, 10 unit kedai serta kemudahan WiFi.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini juga merupakan salah satu mercu tanda baru bagi pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya serta lambang kebanggaan umat Islam seluruh Malaysia.

Saturday, June 12, 2010

PERTAHANKAN SUNNAH WALJAMAAH

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua umat islam perlu mempertahankan, mengamalkan serta menghayati amalan Sunnah Waljamaah sebagai panduan hidup.
Amalan yang diamanahkan oleh baginda Rasulullah buat umatnya adalah cukup sempurna.
Baginda berkenan mencemar duli ke majlis Forum Ahli Sunnah Waljamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) anjuran Persatuan Al-Islah Negeri Perlis serta merasmikannya.
Baginda juga berharap forum ini berupaya menyuburkan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat sama ada di dalam negara mahupun luar.
Antara tokoh-tokoh yang hadir terdiri dari Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, Rektor Universiti Islam Yala, Thailand serta beberapa tokoh islam yang lagi.

Tuesday, June 8, 2010

TARIK BALIK SAMAN

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry menarik balik saman pemula baginda terhadap kekandanya Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Faris Petra di Mahkamah Tinggi untuk menuntut sebuah kereta Bentley yang bernilai RM 1.7 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan permohonan Tengku Fakhry dengan kos guaman RM5000 dibayar kepada kekandanya.
Tengku Fakhry memfailkan writ saman bersama afidavit sokongan dengan menyatakan kereta Bentley biru bernombor pendaftaran DBG1 adalah milik beliau.

Monday, June 7, 2010

LAWAT HOSPITAL

Hospital Ampang yang mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi dapat kunjungan dari Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Baginda melawat pesakit kanak-kanak di wad pediatrik hospital ini.
Keberangkatan Raja Permaisuri Agong, di sambut oleh Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan serta Pengarah Hospital Ampang.

Sunday, June 6, 2010

SULTAN KELANTAN AKAN KEMBALI MEMERINTAH

Kesihatan Tuanku Ismail Petra kini semakin pulih dan dijangkakan akan melaksanakan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa.
Menurut Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry keadaan ini bergantung pada tahap kesihatan baginda Sultan dan menentukan masa yang sesuai untuk memulakan tanggungjawab baginda.
Tahap kesihatan baginda Sultan juga dilihat semakin positif buat masa ini.
Menurut sumber dari Istana Mahkota, tahap kesihatan baginda pada masa ini belum pulih sepenuhnya. Baginda Sultan juga, masih menerima rawatan intensif daripada sepasukan doktor yang diketuai Pakar Perubatan Nephrologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Saturday, June 5, 2010

DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN

Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M) iaitu anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010 buat Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin yang pernah memegang jawatan bekas Presiden Perbadanan Putrajaya dan Pertonas.
4 orang menerima darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri.
Manakala 33 menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang juga membawa gelaran Tan Sri.
Sementara seramai 42 orang lagi menerima darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) membawa gelaran Datuk.
Mereka merupakan antara 1626 penerima anugerah Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan di Istana Negara.

HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

SEMOGA
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
MEMBERKATI PEMERINTAHAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

D.K.M, D.K.T, D.K.R, D.M.N, S.U.M.Z, S.S.M.T, S.P.M.T
D.K PERLIS , D.K JOHOR, D.K.M.B BRUNEI, D.K PERAK,
D.K NEGERI SEMBILAN, D,K KEDAH,
D.K KELANTAN, D.K SELANGOR, S.P.M.J

SEMPENA ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

SEMBAH TAKZIM DARIPADA :
Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

Friday, June 4, 2010

SOLAT JUMAAT DAN SOLAT SUNAT HAJAT


Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan putera ketiga baginda, Tengku Muhammad Mua'az berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Khutbah Jumaat yang disampaikan juga bertajuk " Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pemacu Islam Secara Wasatiyyah ". Kandungan khutbah juga mengutuk sekeras-kerasnya keganasan askar rejim Zionis terhadap aktivis keamanan yang sedang menuju ke Gaza. Khutbah ini juga bersempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong.
Baginda dan puteranya serta jemaah juga berdoa selepas solat sunat hajat sejurus menunaikan solat Jumaat.

Thursday, June 3, 2010

RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA

Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kali ini, rakyat Malaysia keseluruhannya berpeluang menyaksikan segmen khas, "Daulat Tuanku : Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada" di saluran TV3 melalui programnya Majalah 3 yang akan memaparkan kehidupan eksklusif di istana Raja-Raja Melayu termasuk juga kebudayaan, warisan istana serta seni bina istana yang ada pada masa ini yang masih dikekalkan.
Program ini akan disiarkan di TV3 pada 05hb June 2010 jam 9.00 malam.
Institusi pemerintahan diraja ini menjadi sumber inspirasi serta wadah bagi rakyat Malaysia untuk berlindung, mendapat keadilan dan menyerahkan taat setia kepada negara. Rakyat juga, akan lebih mengenali institusi pemerintahan beraja ini serta dapat merealisasikan mesej antara raja dan rakyat tiada jurang.
Imej institusi kesultanan ini juga akan menjadi simbolik kepada rakyat keseluruhannya sebagai kuasa polik dan sosial negara Malaysia secara khususnya.

TERIMA KEK

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra berkenan menerima persembahan kek sempena hari ulang tahun Hari Keputeraan baginda.
Baginda menerima persembahan 31 kek daripada pelbagai pihak kebanyakannya hotel di Balairong Seri, Istana Negara.
Persembahan kek ini adalah acara tahunan setiap kali sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Tuesday, June 1, 2010

NILAI DENGAN ADIL

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar.
Masyarakat perlu adil menilai perkhidmatan anggota keselamatan seperti polis yang mempunyai tanggungjawab besar dan berat dalam membenteras jenayah buat negara Malaysia.
Baginda bertitah, anggota polis juga adalah insan yang mempunyai perasaan dan adalah kurang bijak jika khidmat itu tidak diberikan penilaian secara seimbang, saksama serta rasional.
Masyarakat mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan terhadap kadar jenayah yang meningkat, tetapi perlu di ingat bahawa polis bukan punca atau pencetus peningkatan kadar jenayah ini. Ia juga, "jangan sampai mencurahkan susu sebelanga kerana nila setitik." Antara penyumbang peningkatan kadar jenayah semasa adalah kerana keadaan sosio politik, kemelesetan ekonomi, pengangguran, kurang prasarana sosial serta pelbagai lagi keadaan semasa yang dihadapi negara.
Tanggungjawab sosial ini haruslah dipikul bersama-sama antara pihak polis dan masyarakat sekeliling bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat yang dikecapi selama ini agar berkekalan.
Kompleks ini juga dilengkapi dengan kemudahan bangunan pentadbiran, bangunan lapang sasar, unit kediaman anggota pelbagai pangkat, surau dan dewan serbaguna bagi keselesaan warganya.