Sunday, May 30, 2010

MAJLIS MUZAKARAH ULAMA & CENDIKIAWAN ISLAM 2010

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan hadir ke majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendikiawan 2010 di Ipoh.
Turut hadir ke majlis ini, Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Majlis ini juga membincangkan isu berkaitan "Fenomena Bloggers : Pembentukan Masyarakat Beretika.
Baginda juga turut meningatkan para pengamal media agar meneladani sifat-sifat unggul Nabi Muhammad S.A.W dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menegakkan sesuatu kebenaran. Media berpotensi menjadi instrumen memupuk keharmonian dan mencetuskan persengketaan.

Thursday, May 27, 2010

PERTAHANKAN KESUCIAN MASJID


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail berkenan hadir majlis perasmian masjid Al Husna di Batu Bertangkop, Padang Besar semperna sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke - 67 serta sedekad pemerintahannya.
Baginda bertitah, agar umat islam sama-sama menjaga kesucian masjid supaya tidak menjadi tempat atau arena yang boleh mewujudkan perpecahan untuk melaksanakan agenda peribadi oleh golongan tertentu. Ini akan merugikan umat islam secara keseluruhannya.
Jika masjid digunakan oleh orang yang tidak berkelayakan, ini akan menimbulkan masalah termasuk menjadi punca perpecahan dalam masyarakat.

Monday, May 24, 2010

RAJA PERLIS RASMI KOMPLEKS DUN

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang telah menjadi mercu tanda baru Perlis bagi sistem pentadbiran negeri.
Baginda turut diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bagi melawat galeri dan pameran 10 tahun Pemerintahan Raja Perlis di dalam kompleks sama dengan senibina Islam ini.
Kompleks setinggi 4 tingkat yang berharga RM49 juta ini terletak di Persiaran Wawasan, ia juga turut menempatkan Pejabat Menteri Besar Perlis dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kompleks DUN Perlis ini, yang pernah disebut sebagai "Mini Putrajaya" dibina di atas tapak seluas 4 hektar.

ANAKANDA TENGKU MAHKOTA BERANSUR PULIH


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah menasihati orang ramai terutamanya masyarakat setempat menjalankan aktiviti gotong royong bagi mencegah wabak demam denggi.
Titah baginda, masyarakat harus berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan terutama di kawasan kediaman serta persekitaran.
Tengku Abdullah memberitahu mengenai situasi kesihatan, anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Aminah (HTAA) setelah disahkan mengidap demam denggi, kini beransur pulih tapi cuma masih dalam keadaan lemah dan sakit-sakit sendi.

TUANKU MUHRIZ DI DISCOVERY CHANNEL

Dokumentari istiadat pertabalan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir pada Oktober tahun lalu, akan disiarkan oleh Discovery Channel mulai 30 Mei 2010.
Dokumentari yang bertajuk " Revealed : Malaysia's Royal Rites Negeri Sembilan" akan ditayangkan kepada penonton khususnya di Asia Tenggara, Australia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Dengan adanya dokumentari ini, dunia akan meyaksikan keunikan pertabalan keluarga diraja Negeri Sembilan dan juga akan mengangkat Bandar Diraja Seri Menanti sebagai destinasi baru pelancongan negara.
Salinan DVD dokumentari ini dibiayai oleh Kementerian Pelancongan Malaysia akan diberi kepada agensi pelancongan dan kedutaan Malaysia di seluruh dunia serta akan dipertontonkan di Pavilion Malaysia semasa "Shanghai World Expo" di China.
Turut berangkat ke majlis ini ialah Tuanku Muhriz dan kerabat diraja Negeri Sembilan, Menteri Besar serta exco kerajaan negeri.

GAGAL BERTEMU SULTAN

Walaupun Cik Puan Elia Suhana telah mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah untuk melawat suaminya, isteri kedua Sultan Kelantan berkenaan masih tidak bepeluang menemui baginda Sultan.
Elia Suhana gagal dalam cubaan kali kedua untuk bertemu Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra di Istana Mahkota selepas dihalang oleh beberapa pengawal meskipun membawa bersama surat perintah mahkamah. Setibanya rombongan tersebut di pintu hadapan Istana Mahkota pintu tertutup rapat.

5 DILUCUTKAN PINGAT

5 kenamaan negeri dilucutkan terdiri 3 bergelar Datuk dan 2 Jaksa Pendamai (JP) dilucutkan pingat kebesaran masing-masing yang dikurniakan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Tindakan ini diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra, berikutan kegagalan individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri seterusnya menjejaskan nama baik institusi Istana Kelantan.
Mereka yang terbabit terdiri daripada 3 kakitangan kerajaan negeri yang masih berkhidmat di Pusat Pentadbiran Kota Darul Naim dan Balai Islam.
2 lagi ahli perniagaan yang dikenakan tindakan sama terbabit dalam bidang automobil dan pembinaan. Semua individu terbabit dipercayai sudah atau akan menerima surat makluman mengenai perlucutan tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini tindakan melucutkan pingat kebesaran Kelantan bagi gelaran Datuk diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, terhadap 4 individu yang terdiri daripada seorang ahli politik dan 3 ahli perniagaan.

Sunday, May 23, 2010

TOLAK BANTAHAN AWAL


Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak permohonan bantahan awal isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad bagi membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga yang difailkan oleh Datin Nik Rohana Wan Abd Rahman.
Hakim Syarie membuat keputusan, apa yang dilakukan Datin Nik Rohana (plantif) telah menepati hukum syarak bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan terhadap lafaz cerai Sultan itu.
Cik Puan Elia Suhana Ahmad dan Datin Nik Rohana Wan Abdul Rahman turut hadir mendengar kes tersebut.
Lafaz cerai berkenaan didakwa dilafazkan baginda Sultan ketika masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura di hadapan beberapa orang saksi termasuk Nik Rohana.

Friday, May 21, 2010

KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim berkenan berangkat bagi melafazkan titah perasmian Karnival Amal Hari Penyayang anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).
Turut hadir Pengerusi YSB YTM Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Syafinaz. Pelbagai aktiviti berkonsepkan masyarakat penyayang disajikan untuk para pengunjung.

ANAKANDA TENGKU MAHKOTA POSITIF DENGGI

Anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Tengku Abdullah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana mengidap demam denggi.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah puteri baginda dimasukkan ke HTAA selepas ujian darah yang dilakukan menunjukkan Tengku Afzan positif denggi dan mengalami demam panas sejak 3 hari lalu serta suhu badannya mencecah sehingga 39 darjah celcius.
Tengku Afzan dibawa ke HTAA untuk pemeriksaan apabila suhu badannya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau penurunan namun keadaannya stabil selepas menerima rawatan.
Tengku Afzan dipercayai mendapat jangkitan demam denggi daripada kembarnya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.
Jangkitan tersebut berkemungkinan besar mereka dapat dari sekolah.
Baginda menasihatkan orang ramai supaya agar lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran serta berwaspada bagi menjamin kebersihan sentiasa terjaga.

Wednesday, May 19, 2010

MINTA POLIS UTAMAKAN KES TEMBAK

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra minta polis meletakkan keutamaan kepada kes seorang pengawal Istana Kelantan, allahyarham Ramli Mohamad yang telah meninggal dunia akibat ditembak oleh individu yang tidak dikenali itu.
Baginda juga berharap pihak polis menemui petunjuk bagi menyelesaikan segera kes pembunuhan tersebut.
Pemangku Sultan Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.
Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar yang bertungkus lumus memberikan rawatan serta perhatian terbaik buat allahyarham.
Berikutan dari kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Ismail Petra dipertingkatkan.

Tuesday, May 18, 2010

HISHAMUDDIN MENGHADAP TENGKU ANIS

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkenan menemui menghadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu. Beliau memberi jaminan bahawa Institusi Diraja Kelantan tetap dihomati berikutan timbul dakwaan bahawa karabat Diraja Kelantan dikasari polis.
Pihaknya akan memberikan khidmat yang terbaik kepada institusi Raja kerana ia merupakan institusi yang dihormati.

SULTAN MIZAN RASMI KOMPLEKS TABUNG HAJI

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu (KTHKT) di Mukim Nerus, Terengganu.
Raja Permasuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke majlis ini.
Kompleks ini dibina oleh anak syarikat Tabung Haji sendiri, TH Properties Sdn Bhd dengan kos RM 69.3 juta yang dijangka siap pada 2012 ini berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di atas tanah seluas 3.2 hektar. Dengan terbinanya kompleks ini akan memudahkan jemaah dari pantai timur iaitu dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan 182 unit bilik penginapan, dewan bankuet serbaguna, kolam renang, kemudahan Taman Tema Air sebagai ruang kepada pengunjung untuk berehat dan beriadah bersama keluarga serta pelbagai kemudahan lain. Kompleks ini juga, akan digunakan untuk urusan operasi penerbangan jemaah haji secara terus ke Madinah dan Jeddah tanpa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pembinaan KTHKT adalah merupakan anatara inisiatif dan komitmen beterusan Tabung Haji dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengurusannya.

SUMBANGAN UNTUK MANGSA TEMBAK

Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,00.00 kepada pengawal istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali.
Sumbangan peribadi ini bertujuan meringankan bebanan keluarga mangsa yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.
Baginda juga amat mengambil berat serta prihatin terhadap keadaan Ramli dan masih dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari badan mangsa telah dilakukan oleh pihak doktor.
Pihak polis juga, masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan Tengku Faris berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

* Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pukul 3 pagi 19hb May 2010.

Monday, May 17, 2010

KETUA SPRM TERIMA DARJAH PAHANG


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengetuai senarai 159 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sulatan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.
Abu Kassim Mohamed dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sultan Ahamad Shah berkenan menganugerahkan SSAP kepada 7 penerima lain dan 1 SSAP Kehormat yang turut membawa gelaran Datuk Seri.
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 2 penerima.
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada 7 penerima.
Darjah Indera Makkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk seramai 88 penerima.
Pada istiadat itu juga, Sultan Ahmad Shah berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 5 penerima dan 12 orang menerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) serta Ahli Mahkota Pahang (AMP) sermai 24 orang.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran serta pingat itu juga turut dihadiri Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.

KUKUHKAN KELUARGA


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kelonggaran penyahayatan agama yang semakin teramcam dalam masyarakat kini.
Walau bagaimanapun baginda bertitah, institusi kekeluargaan dan kejiranan perlu diperkukuhkan sebagai benteng utama dalam menangani permasalahan sosial yang berlaku hari ini serta masa mendatang.
Laporan permasalahan sosial ini hampir setiap hari dipaparkan dari pihak media.
"Penawar terbaik adalah mengambil langkah pencegahan sebelum sesuatu masalah itu timbul, oleh itu didikan dan bimbingan agama yang terbaik pada anak-anak perlu bermula dari peringkat awal, titah baginda di Majlis Istiadat Penganugerahan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke - 67 serta 10 tahun pemerintahan baginda di Balairong Seri, Istana Arau.
Tuanku Syed Siarajuddin juga mengingatkan rakyat agar peka dan prihatin dengan isu-isu yang berlaku di persekitaran komuniti secara bersama.
Baginga juga berkenan menanugerahkan sebanyak 40 darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 40 penerima.
Setelah selesai istiadat tersebut, baginda turut berkenan berangkat ke Majis Santapan di Dewan Warisan, Kangar bersama-sama tetamu.

MOHON PENDENGARAN AWAL


Peguam yang mewakili Sultan Kelantan akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara bagi memohon beliau mempercepatkan tarikh pendengaran writ habeas corpus yang mempunyai kaitan dengan baginda.
Permohonan itu disokong oleh afidavid Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Writ itu difailkan bagi memohon mambawa Sulatan Kelantan keluar dari hospital dan membenarkan baginda mendapat rawatan perubatan mengikut pilihan baginda.
Bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan, baginda masih berada dalam kawalan di Istana dan berhasrat meneruskan perkara ini secepat mungkin.

Sunday, May 16, 2010

TENGKU MIZAN SAKSIKAN PIALA THOMAS


Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan mencemar duli hadir menyaksikan ke perlawanan akhir Kejohanan Piala Thomas antara Indonesia dan China di Stadium Putra Bukit Jalil.
Seri Paduka Baginda, yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, turut menyampaikan Piala Thomas kepada pasukan China yang muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan tersebut. Kebanyakan penyokong Indonesia yang hadir dalam perlawanan ini. Ini juga kemenangan kali ke 4 berturut-turut buat China.
Piala Uber pula telah dimenangi oleh pasukan Korea menewaskan pasukan China dengan 3-1, ini menamatkan badi kekalahan dalam enam pertemuan akhir mereke dengan China.

Thursday, May 13, 2010

MINTA PENJELASAN KDN


Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra, meminta penjelasan dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis, bahawa baginda dikasari oleh pihak polis.
Insiden tersebut berlaku ketika Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mendapatkan rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Akhbar tabloid tempatan juga menyiarkan gambar kecederaan Raja Perempuan Kelantan berkenaan perlu penjelasan dari pihak polis untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
Sultan Kelantan dibawa kembali ke Istana Mahkota setelah menjalani rawatan tersebut di HUSM dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel.
Timbalan Ketua Polis Kelantan menafikan dakwaan laporan akhbar berkenaan bahawa Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta kerabat Diraja Kelantan dikasari polis sepanjang tempoh Sultan Ismail Petra dirawat di HUSM.
Jika benar Raja Perempuan dikasari seperti dilaporkan, pihak polis memohon baginda tampil membuat laporan.
Raja Perempuan juga boleh kemukakan bukti yang ada supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak polis.

Tuesday, May 11, 2010

SOKONG SULTAN KELANTAN


Sultan Kelantan telah dibawa pulang ke Istana Mahkota selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel. Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kelantan menyokong penuh tindakan merujuk Sultan Kelantan ke HUSM untuk mendapat rawatan susulan yang terbukti sebagai sebuah pusat perubatan terbaik dalam negara.
Persatuan juga berasa yakin penuh dengan kebolehan serta kepakaran panel doktor yang dilantik pihak kerajaan untuk memeriksa dan menilai tahap kesihatan Sultan. Anggota persatuan juga, sentiasa menyokong penuh sebarang tindakan serta keputusan Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Faris Petra dan kerajaan negeri dalam semua situasi demi untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Sunday, May 2, 2010

ZIARAH MANGSA TEMBAK


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra menziarahi pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd yang cedera ditembak dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
Tengku Faris yang memandu sendiri keretanya, memakai jubah putih tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pengawal keselamatan dan disambut oleh pagawai-pegawai kanan hospital.
Baginda berada di situ kira-kira setengah jam untuk mengetahui keadaan kesihatan pengawal itu yang di jangka akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang terbenam di dadanya.
Baginda juga mengarahkan pihak polis membuat siasatan segera kes ini bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang di anggap serius.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah malam, mangsa yang menunggang sendirian ditembak dari jarak dekat oleh orang yang tidak di kenali, di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.
Mangsa yang cedera di dada dihantar ke Hospital Tumpat sebelum di rujuk Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana di dapati serius.

Saturday, May 1, 2010

POSITIF TERHADAP PEMBANGUNAN


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kepada rakyat agar perlu berfikiran terbuka dan menilai proses pembangunan terancang dan pemodenan secara bijak.
Titah baginda ini lagi, bagi memastikan negeri Perlis tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan ekonomi negara yang semakin berkembang ini.
"Kemunculan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta juga akan menyemarakan lagi pertumbuhan dan limpahan pembangunan sosio-ekonomi setempat serta pertambahan pasaran yang besar," titah baginda.
Baginda berkenan hadir dalam malis merasmikan Kompleks Arau di Kangar serta menyambut baik penyertaan dari pasaraya-pasaraya besar bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta tempat untuk memasarkan hasil perusahaan kecil dan sederhana di samping memberi satu lokasi pilihan alternatif untuk berbelanja di masa akan datang.
Baginda turut menasihati dan mengingatkan rakyar agar sama-sama menjaga kebersihan kawasan setempat dengan menerapkan konsep 'mesra alam'.