Thursday, May 29, 2014

RAJA NAZRIN DIMASYHURKAN SULTAN PERAK KE 35

Raja Dr Nazrin Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 35 yang membawa gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin. Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Paduka Seri Sultan berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan mendapat sepasang cahaya mata Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya Shah.  

Wednesday, May 28, 2014

SULTAN PERAK MANGKAT

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, 86 mangkat pada pukul 1.30 petang tadi di Institut Jantung Negara. Jenazah almarhum baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir dan akan dimakamkan selepas solat Asar esok di Makam Diraja Al-Gufran Kuala Kangsar.
Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari mulai hari ini hingga sepanjang tempoh berkabung bagi negeri.
Almarhum baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Eleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Manakala anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 2012. 
 

Wednesday, May 21, 2014

PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH MANGKAT

Tan Sri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak. Jenazah Almarhum Tunku Anuar akan disembahyangkan dan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Jenazah Almarhum Tunku Bendahara Kedah ini juga akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda Almarhum juga merupakan adinda kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.