Thursday, May 29, 2014

RAJA NAZRIN DIMASYHURKAN SULTAN PERAK KE 35

Raja Dr Nazrin Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 35 yang membawa gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin. Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Paduka Seri Sultan berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan mendapat sepasang cahaya mata Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya Shah.  

Wednesday, May 28, 2014

SULTAN PERAK MANGKAT

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, 86 mangkat pada pukul 1.30 petang tadi di Institut Jantung Negara. Jenazah almarhum baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir dan akan dimakamkan selepas solat Asar esok di Makam Diraja Al-Gufran Kuala Kangsar.
Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari mulai hari ini hingga sepanjang tempoh berkabung bagi negeri.
Almarhum baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Eleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Manakala anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 2012. 
 

Wednesday, May 21, 2014

PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH MANGKAT

Tan Sri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak. Jenazah Almarhum Tunku Anuar akan disembahyangkan dan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Jenazah Almarhum Tunku Bendahara Kedah ini juga akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda Almarhum juga merupakan adinda kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Friday, January 24, 2014

THE BEST MAN W1N

Selepas memenangi bidaan bagi nombor plat WWW1. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi berjaya memenangi tender nombor plat W1N dengan nilai yang paling tinggi setakat ini RM 748,000.00.
Baginda juga telah membida nombor tersebut melalui Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dengan proses yang betul. 
Baginda juga akan meletakkan nombor plat W1N ini pada Proton Suprima S milik baginda yang berwarna biru. 

Tuesday, January 14, 2014

TUNKU ALI REDHAUDDIN TERIMA DARJAH SERI SETIA TUANKU MUHRIZ

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke 66 Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berlansung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

DYMM Yang Di Pertuan Besar berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) kepada anakanda sulungnya Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin yang membawa gelaran Datuk Seri.



HARI KEPUTERAAN 
DULI YANG MAHA MULIA YANG DI PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBLAN DARUL KHUSUS
YANG KE 66

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH


SEMOGA
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
MEMBERKATI PEMERINTAHAN

DULI YANG MAHA MULIA DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

SEMPENA ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

SEMBAH TAKZIM DARIPADA : 
Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

Thursday, July 4, 2013

ISTANA SYARQIYYAH, ISTANA BARU TERENGGANU.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytihar pemasyhuran Istana Syarqiyyah di Bukit Cendering menjadi istana rasmi baginda. Istana Syarqiyyah ini juga bermaksud Permata Timur.
Majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera Sultan dimulakan dengan laungan azan oleh pegawai agama istana.