Friday, July 16, 2010

AWASI LAYARI INTERNET

Naluri keibuan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofea terserlah apabila melahirkan keprihatinan baginda terhadap isu yang membabitkan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara, gemar merujuk blog bagi mendapatkan maklumat berhubung sesuatu perkara tanpa pengawasan dan tapisan. Baginda juga gusar terhadap golongan ini agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif.
Baginda dan juga Sultan Ibrahim sentiasa menasihati anakanda mengenai batas dalam melayari internet dan perlu dicontohi oleh penjaga lain. Baginda berminat dalam penulisan blog tapi ruang waktu tidak mengizinkan.
Raja Zarith Sofea berkenan menghadiri seminar Kesan Globalisasi Kepada Masyarakat Muslim Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) dan baginda turut menyampaikan ucaptama bertajuk Globalisasi, Membina Hubungan Antara Islam Dan Barat. Baginda turut menegaskan pentingnya masyarakat umum menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantara utama dan terbitan sumber ilmu termasuk agama, sains serta teknologi agar tidak menjadi halangan untuk menambahkan ilmu.

1 comments:

Zool Blogger said...

baguslah sultan pun tahu tentang masalah penggunaan internet ni..

Zool