Tuesday, April 20, 2010

JANGAN HINA DEWAN

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemar Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan dan menjejaskan martabat Dewan.
Titah baginda, wakil rakyat yang di pilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat'.
Sultan Perak, bertitah demikian pada istiadat mengadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri semperna sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di Kuala Kangsar.
Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa, seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri".
Sultan Azlan Shah juga, mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.

0 comments: