Thursday, April 15, 2010

TENGKU MAHKOTA AMPUNKAN TAPI BERSYARAT


Istana Pahang bersedia tarik balik laporan polis terhadap seorang remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang serta menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan juga mendakwa bahawa dirinya adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda sendiri telah melihat laporan yang dibuat dan mengambil kira kenyataan remaja terbabit terhadap pihak berkuasa.
Baginda juga menyatakan tidak akan membuat tindakan susulan kalau remaja berkenaan memohon maaf dari baginda dan keluarganya serta buat akujanji dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak polis.
Baginda bertitah selepas melawat Zarina Wahab, wanita yang menjadi mangsa simbahan asid, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Titah Tengku Abdullah jika remaja berkenaan bersetuju memenuhi syarat berkenaan, kes itu akan ditarik balik. Namun sekiranya perkara itu berulang, laporan kes terbabit akan dibuka semula. Memandangkan perbuatan remaja itu boleh mencemarkan nama baik Istana Pahang selain turut menjejaskan kredibiliti pihak yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, remaja berkenaan telah pun menghantar surat memohon maaf serta akujanji kepada pihak Istana Pahang untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Surat itu dihantar oleh remaja berkenaan sendiri melalui Setiausaha Sulit Istana Pahang.
Remaja berkenaan juga telah melalui sesi kaunseling bersama Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka).

0 comments: