Showing posts with label AZRINAZ. Show all posts
Showing posts with label AZRINAZ. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

AZRINAZ DAPAT INJUNKSI

Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz berjaya mendapat injunksi untuk menghentikan pengedaran buku yang paling laris The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk mengenai pembunuhan seorang pemaju yang juga penipu dan pemeras ugut.
Buku ini juga menceritakan mengenai senaskah Al-Quran mini bersaiz kotak mancis bertatahkan permata yang cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta sebagai hadiah perkahwinan kepada Azrinaz dan pertemuan rahsia dengan pegawai Brunei di Singapura.
Apapila urusniaga terbabit gagal, McGurk mengheret Sultan Brunei ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney memerintahkan perjanjian tersebut di luar bidang kuasa mahkamah.
Antara pembeli berpotensi pertama Al-Quran tersebut pada 2004 ialah Perdana Menteri Labenon, Rafik Hariri.

Wednesday, June 16, 2010

SULTAN BRUNEI CERAI AZRINAZ

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda Azrinaz Mazhar Hakim selepas 5 tahun berkahwin dengan talak satu.
Baginda mengahwini Azrinaz pada 2005 serta mempunyai 2 orang cahaya mata, seorang lelaki iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Pengumuman khas dibuat yang dibuat di seluruh Brunei dibacakan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana.
Gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.
Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup.
Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pengiran Hajjah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.
Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah merupakan Putera Mahkota Brunei yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan.
Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.