Showing posts with label MINI. Show all posts
Showing posts with label MINI. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

AZRINAZ DAPAT INJUNKSI

Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz berjaya mendapat injunksi untuk menghentikan pengedaran buku yang paling laris The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk mengenai pembunuhan seorang pemaju yang juga penipu dan pemeras ugut.
Buku ini juga menceritakan mengenai senaskah Al-Quran mini bersaiz kotak mancis bertatahkan permata yang cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta sebagai hadiah perkahwinan kepada Azrinaz dan pertemuan rahsia dengan pegawai Brunei di Singapura.
Apapila urusniaga terbabit gagal, McGurk mengheret Sultan Brunei ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney memerintahkan perjanjian tersebut di luar bidang kuasa mahkamah.
Antara pembeli berpotensi pertama Al-Quran tersebut pada 2004 ialah Perdana Menteri Labenon, Rafik Hariri.

Monday, May 24, 2010

RAJA PERLIS RASMI KOMPLEKS DUN

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang telah menjadi mercu tanda baru Perlis bagi sistem pentadbiran negeri.
Baginda turut diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bagi melawat galeri dan pameran 10 tahun Pemerintahan Raja Perlis di dalam kompleks sama dengan senibina Islam ini.
Kompleks setinggi 4 tingkat yang berharga RM49 juta ini terletak di Persiaran Wawasan, ia juga turut menempatkan Pejabat Menteri Besar Perlis dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kompleks DUN Perlis ini, yang pernah disebut sebagai "Mini Putrajaya" dibina di atas tapak seluas 4 hektar.