Showing posts with label LAPORAN POLIS. Show all posts
Showing posts with label LAPORAN POLIS. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

MINTA PENJELASAN KDN


Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra, meminta penjelasan dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis, bahawa baginda dikasari oleh pihak polis.
Insiden tersebut berlaku ketika Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mendapatkan rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Akhbar tabloid tempatan juga menyiarkan gambar kecederaan Raja Perempuan Kelantan berkenaan perlu penjelasan dari pihak polis untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
Sultan Kelantan dibawa kembali ke Istana Mahkota setelah menjalani rawatan tersebut di HUSM dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel.
Timbalan Ketua Polis Kelantan menafikan dakwaan laporan akhbar berkenaan bahawa Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta kerabat Diraja Kelantan dikasari polis sepanjang tempoh Sultan Ismail Petra dirawat di HUSM.
Jika benar Raja Perempuan dikasari seperti dilaporkan, pihak polis memohon baginda tampil membuat laporan.
Raja Perempuan juga boleh kemukakan bukti yang ada supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak polis.

Thursday, April 15, 2010

KEKANDA BUAT LAPORAN POLIS


Krisis Istana Kelantan berlarutan apabila kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra membuat laporan polis mengenai tersebarnya cakera padat (CD) yang didakwa mengandungi cubaan merampas kuasa dan menjejaskan kredibiliti institusi raja Kelantan.

Laporan polis ini dibuat, agar siasatan dijalankan terhadap Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Shukri Mohamad kerana didakwa membuat perancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan. Laporan berkenaan di buat di Balai Polis Ampang Jaya.

CD terbabit merupakan rakaman daripada perjumpaan tertutup anjuran Halim dan Shukri bersama wartawan begi membincangkan mengenai isu Kesultanan Kelantan di Hotel Sutera Inn di Kota Bahru, Kelantan. CD yang tersebar di Kelantan ini juga, dikhuatiri boleh memberi imej negatif kepada Tuanku Ismail Petra dan boleh mengelirukan rakyat terhadap situasi istana Kelantan.

Tengku Merjan merupakan anak sulung daripada empat beradik, manakala Sultan Ismail Petra merupakan anak lelaki bongsu tunggal Almarhum Sultan Yahya Petra.

Ketau Polis Daerah Ampang Jaya mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menyerahkan kes berkenaan kepada polis Kelantan berikutan isu tersebut berlaku di sana.