Showing posts with label ISTANA MAHKOTA. Show all posts
Showing posts with label ISTANA MAHKOTA. Show all posts

Monday, May 24, 2010

GAGAL BERTEMU SULTAN

Walaupun Cik Puan Elia Suhana telah mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah untuk melawat suaminya, isteri kedua Sultan Kelantan berkenaan masih tidak bepeluang menemui baginda Sultan.
Elia Suhana gagal dalam cubaan kali kedua untuk bertemu Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra di Istana Mahkota selepas dihalang oleh beberapa pengawal meskipun membawa bersama surat perintah mahkamah. Setibanya rombongan tersebut di pintu hadapan Istana Mahkota pintu tertutup rapat.

Tuesday, May 18, 2010

HISHAMUDDIN MENGHADAP TENGKU ANIS

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkenan menemui menghadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu. Beliau memberi jaminan bahawa Institusi Diraja Kelantan tetap dihomati berikutan timbul dakwaan bahawa karabat Diraja Kelantan dikasari polis.
Pihaknya akan memberikan khidmat yang terbaik kepada institusi Raja kerana ia merupakan institusi yang dihormati.

Thursday, May 13, 2010

MINTA PENJELASAN KDN


Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra, meminta penjelasan dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis, bahawa baginda dikasari oleh pihak polis.
Insiden tersebut berlaku ketika Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mendapatkan rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Akhbar tabloid tempatan juga menyiarkan gambar kecederaan Raja Perempuan Kelantan berkenaan perlu penjelasan dari pihak polis untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
Sultan Kelantan dibawa kembali ke Istana Mahkota setelah menjalani rawatan tersebut di HUSM dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel.
Timbalan Ketua Polis Kelantan menafikan dakwaan laporan akhbar berkenaan bahawa Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta kerabat Diraja Kelantan dikasari polis sepanjang tempoh Sultan Ismail Petra dirawat di HUSM.
Jika benar Raja Perempuan dikasari seperti dilaporkan, pihak polis memohon baginda tampil membuat laporan.
Raja Perempuan juga boleh kemukakan bukti yang ada supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak polis.

Wednesday, April 7, 2010

SULTAN KELANTAN SEMAKIN PULIH


Setelah hampir setahun gering, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berkenan bertemu rakyat buat pertama kalinya di Istana Mahkota, Kota Bharu. Baginda menaiki kerusi roda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis meraikan anak yatim serta penyampaian sumbangan zakat dalam majlis tersebut. Baginda sultan yang sentiasa tersenyum juga diiringi oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Petra. Pada hari sebelumnya baginda dibawa bersiar-siar sekitar bandar dengan menaiki kereta Bentley yang dipandu oleh anakanda baginda, Tengku Fakhry.
Baginda kelihatan realistik dengan keadaan kesihatan baginda, boleh mendengar dengan baik dan memahami apa yang belaku di situasi keliling. Mata baginda juga kelihatan berkelip-kelip.
Baginda juga sekali-sekala menggerak-gerakkan mulut apabila mahu bertitah.