Showing posts with label MAJLIS AGAMA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS AGAMA ISLAM. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

HORMATI KUASA MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa-kuasa mutlak dalam urusan agama Islam dan adat Melayu di semua negeri dan sempadan pembahagian kuasa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.
"Kuasa mutlak Paduka Seri Sultan dalam urusan agama Islam dan adat Melayu dalam sesebuah negeri hendaklah terus dipertahankan," titah baginda.
Oleh yang demikian, titah baginda, pandangan dan pendirian Raja-Raja Melayu perlu terlebih dahulu dirujuk dalam apa juga perkara berkaitan agama Islam dan adat Melayu sebelum sesuatu fatwa, dasar, arahan pentadbiran atau penubuhan sebarang institusi diputuskan atau diumumkan.
"Janganlah pandangan Raja-Raja Melayu itu hanya dirujuk dan dipohonkan restu sokongan apapila masalah dan polemik telah terjadi," titah baginda.
Baginda berkenan hadir ke majlis perasmian persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Ipoh, Perak.
"Jika prinsip asas ini mula diketepikan, adalah dibimbangkan ia berpotensi menjadi pencetus kepada salah faham, kekeliruan dan pergeseran di antara pelbagai pihak yang bertanggungjawab," titah baginda.
Dalam pada itu, Raja Dr Nazrin turut menegaskan bahawa salah satu tugas utama Majlis bagi membantu tanggungjawab Sultan Perak dalam hal ehwal adat Melayu dan agama Islam yang dihayati di peringkat pengetahuan dan diterapkan secara berkesan diperingkat perlaksanaan berperanan penting untuk mencerminkan budaya urus tadbir, budaya kerja dan urusan pemerintahan yang adil, saksama, telus lagi cekap.

Tuesday, April 20, 2010

RM 10.08 JUTA ELAUN GURU KAFA, IMAM, DAN TAKMIR


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima peruntukan RM 10.08 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai elaun guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, guru takmir dan elaun sara hidup (COLA) pembantu takmir di seluruh negeri Selangor.
Majlis khas ini berlangsung di Istana Kayangan, Shah Alam.
Peruntukan ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membuat pembayaran tersebut.

Thursday, April 15, 2010

AGONG SERAH WATIKAH


Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Istana Negara.
Pelantikan mereka adalah bagi sesi 1 Jan 2010 hingga 31 Dis 2011.
Seri Paduka menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria dan timbalan Yang Dipertua pula, Mohd Salleh Man.
Turut di lantik, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus, Mufti Negeri, Datuk Hassan Ahmad dan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob.
Turut menerima watikah daripada Sultan Mizan ialah Abdul Aziz Che Yaacob, Abdul Malik Abul Kassim, MD. Hashim Yahaya, Dr Danial Zainal Abidin, Maktar Shapee, Rosidi Hussain, Zainuddin Hanif dan Norhayati Jaafar.
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Setiausaha MAINPP, Sazali Hussein turut hadir menyaksikan majlis ini.