Showing posts with label RAJA DR NAZRIN. Show all posts
Showing posts with label RAJA DR NAZRIN. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

HORMATI KUASA MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa-kuasa mutlak dalam urusan agama Islam dan adat Melayu di semua negeri dan sempadan pembahagian kuasa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.
"Kuasa mutlak Paduka Seri Sultan dalam urusan agama Islam dan adat Melayu dalam sesebuah negeri hendaklah terus dipertahankan," titah baginda.
Oleh yang demikian, titah baginda, pandangan dan pendirian Raja-Raja Melayu perlu terlebih dahulu dirujuk dalam apa juga perkara berkaitan agama Islam dan adat Melayu sebelum sesuatu fatwa, dasar, arahan pentadbiran atau penubuhan sebarang institusi diputuskan atau diumumkan.
"Janganlah pandangan Raja-Raja Melayu itu hanya dirujuk dan dipohonkan restu sokongan apapila masalah dan polemik telah terjadi," titah baginda.
Baginda berkenan hadir ke majlis perasmian persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Ipoh, Perak.
"Jika prinsip asas ini mula diketepikan, adalah dibimbangkan ia berpotensi menjadi pencetus kepada salah faham, kekeliruan dan pergeseran di antara pelbagai pihak yang bertanggungjawab," titah baginda.
Dalam pada itu, Raja Dr Nazrin turut menegaskan bahawa salah satu tugas utama Majlis bagi membantu tanggungjawab Sultan Perak dalam hal ehwal adat Melayu dan agama Islam yang dihayati di peringkat pengetahuan dan diterapkan secara berkesan diperingkat perlaksanaan berperanan penting untuk mencerminkan budaya urus tadbir, budaya kerja dan urusan pemerintahan yang adil, saksama, telus lagi cekap.

Tuesday, March 30, 2010

PEMANGKU RAJA PERAK RASMI SIDANG DUN

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan hadir di Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang DUN Perak Penggal Ketiga yang Ke-12 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dan di sambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta isterinya.
Baginda bertitah kebijaksanaan kepimpinan adalah satu kemestian bagi sesebuah kerajaan untuk membolehkan ia mengimbangi keperluan rakyat yang berlatarbelakang pelbagai agama, budaya, etnik dan tahap pencapaian ekonomi.
Secara keseluruhan keadaan persidangan DUN Perak juga berjalan dengan lancar dan terkawal.

Sunday, February 7, 2010

LUMUT BANDAR TENTERA LAUT (MARITIM)


Sultan Azlan Shah berkenan berangkat ke Majlis Pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Perlancongan dan Maritim Negara. Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia adalah pusat operasi terbesar negara yang berpengkalan di Lumut. Pengisytihan ini juga adalah semperna sambutan Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah yang ke-81. Turut berkenan berangkat adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dengan pengisytiharan ini akan memartabatkan bandar Lumut ke persada antarabangsa dalam dunia maritim moden. Lumut juga adalah bandar untuk pelancong ke Pulau Pangkor. Ini juga akan meningkatkan lagi ekonomi setempat khususnya, negeri Perak secara amnya.