Showing posts with label NEGARA. Show all posts
Showing posts with label NEGARA. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

KINI GILIRAN JAGUH LUMBA BASIKAL


Kemenangan dan kejayaan merangkul pingat perak Kejohanan Trek Dunia melayakan jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang 22, dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2009. Gelaran The Pocketrocketman muncul pelumba Malaysia pertama memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Pruszkow, Poland menjadi kekuatan untuk membawa pulang anugerah buat kali pertama. Selaku pelumba basikal dunia juga, Azizul adalah seorang penuntut University Deakin, Australia ini turut menjuarai pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia.
Datuk Nicol David masih mengungguli gelaran Olahragawati Kebangsaan dengan acara kegemarannya iaitu skuasy. Ini pencapaian kali kelima berturut-turut buatnya sejak pada 2005.
Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah tersebut. Turut mencemar duli ke majlis Anugerah Sukan Negara ini, ialah Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan dihadiri Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Sunday, April 18, 2010

PERTAHAN KEAMANAN DEMI GENERASI AKAN DATANG


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat mempertahankan keamanan negara untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Baginda juga adalah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Malaysia. Turut berangkat hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya melihat pertahanan negara hanya di pikul oleh pasukan keselamatan sahaja sedangkan generasi baru juga mempunyai tanggungjawab yang sama memastikan keadaan yang stabil serta makmur untuk di warisi di masa akan datang. Baginda juga berharap, rakyat mengambil peluang menyertai pasukan sukarela seperti Askar Wataniah untuk sama-sama mempertahan kedaulatan negara kerana sejarah telah membuktikannya.
Tengku Faizuddin juga berkenan menyematkan pemakaian pangkat Mejar Kehormat kepada Pengarah Biro Tata Negara Perlis, Jazli Fadzil sebagai anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di majlis penutupan kursus asas perajurit muda sukarela di Padang Besar, Perlis.