Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts

Monday, April 26, 2010

KUALA PERLIS BAKAL JADI BANDAR MARITIM


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengesyorkan dan mencadangkan agar Kuala Perlis dijadikan Bandar Maritim untuk negeri Perlis Indra Kayangan.
Baginda bertitah demikian kerana daerah Kuala Perlis mempunyai lokasi yang amat strategik sebagai bandar perhubungan utama pengangkutan laut antara Pulau Langkawi, Semenanjung Malaysia, Wilayah Satun di Thailand serta dijadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa yang menghubungkan lokasi lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Acheh, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Terminal feri Kuala Perlis juga merupakan pintu masuk utama ke Malaysia dari Pulau Langkawi dan Wilayah Satun di Thailand melalui jalan laut.
Kerajaan negeri Perlis juga, telah mengemukakan cadangan membina jeti perikanan baru di Kuala Perlis iaitu yang terbesar di Malaysia bagi melayakkan daerah ini diangkat sebagai bandar maritim. Ini juga akan menyumbang dalam memajukan industri perlancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis khususnya.
Turut hadir dalam majlis perasmian Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bersama Rakyat Perlis ini ialah Raja Muda Puan Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Sunday, April 18, 2010

PERTAHAN KEAMANAN DEMI GENERASI AKAN DATANG


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat mempertahankan keamanan negara untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Baginda juga adalah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Malaysia. Turut berangkat hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya melihat pertahanan negara hanya di pikul oleh pasukan keselamatan sahaja sedangkan generasi baru juga mempunyai tanggungjawab yang sama memastikan keadaan yang stabil serta makmur untuk di warisi di masa akan datang. Baginda juga berharap, rakyat mengambil peluang menyertai pasukan sukarela seperti Askar Wataniah untuk sama-sama mempertahan kedaulatan negara kerana sejarah telah membuktikannya.
Tengku Faizuddin juga berkenan menyematkan pemakaian pangkat Mejar Kehormat kepada Pengarah Biro Tata Negara Perlis, Jazli Fadzil sebagai anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di majlis penutupan kursus asas perajurit muda sukarela di Padang Besar, Perlis.

Tuesday, January 26, 2010

DK BUKAN DARUL KHUSUS SAJA


Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 21 Januari 2010 berkenan menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Selangor Yang Dihormati (DK) Selangor.
Darjah tersebut dianugerahkan kepada baginda oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah.
Sebelum ini, Tuanku Mukhriz pernah dianugerahkan darjah kebesaran tertinggi Negeri Sembilan, Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (DK) Negeri Sembilan, (DK) Perak dan (DK) Perlis.
Tuanku Mukhriz 62, dimasyhurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.