Showing posts with label TENGKU ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label TENGKU ABDULLAH. Show all posts

Monday, May 24, 2010

ANAKANDA TENGKU MAHKOTA BERANSUR PULIH


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah menasihati orang ramai terutamanya masyarakat setempat menjalankan aktiviti gotong royong bagi mencegah wabak demam denggi.
Titah baginda, masyarakat harus berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan terutama di kawasan kediaman serta persekitaran.
Tengku Abdullah memberitahu mengenai situasi kesihatan, anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Aminah (HTAA) setelah disahkan mengidap demam denggi, kini beransur pulih tapi cuma masih dalam keadaan lemah dan sakit-sakit sendi.

Friday, May 21, 2010

ANAKANDA TENGKU MAHKOTA POSITIF DENGGI

Anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Tengku Abdullah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana mengidap demam denggi.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah puteri baginda dimasukkan ke HTAA selepas ujian darah yang dilakukan menunjukkan Tengku Afzan positif denggi dan mengalami demam panas sejak 3 hari lalu serta suhu badannya mencecah sehingga 39 darjah celcius.
Tengku Afzan dibawa ke HTAA untuk pemeriksaan apabila suhu badannya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau penurunan namun keadaannya stabil selepas menerima rawatan.
Tengku Afzan dipercayai mendapat jangkitan demam denggi daripada kembarnya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.
Jangkitan tersebut berkemungkinan besar mereka dapat dari sekolah.
Baginda menasihatkan orang ramai supaya agar lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran serta berwaspada bagi menjamin kebersihan sentiasa terjaga.

Monday, May 17, 2010

KETUA SPRM TERIMA DARJAH PAHANG


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengetuai senarai 159 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sulatan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.
Abu Kassim Mohamed dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sultan Ahamad Shah berkenan menganugerahkan SSAP kepada 7 penerima lain dan 1 SSAP Kehormat yang turut membawa gelaran Datuk Seri.
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 2 penerima.
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada 7 penerima.
Darjah Indera Makkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk seramai 88 penerima.
Pada istiadat itu juga, Sultan Ahmad Shah berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 5 penerima dan 12 orang menerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) serta Ahli Mahkota Pahang (AMP) sermai 24 orang.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran serta pingat itu juga turut dihadiri Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.

Monday, April 19, 2010

KECEWA TAK JADI DOKTOR


Kekecewaan kerana cita-cita untuk menjadi doktor tidak kesampaian apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland menjadi punca perkara yang mendorong pelajar cemerlang bekenaan menyamar sebagai "Tuan Muda Pahang". Remaja berkenaan tidak memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland kerana hanya mendapat 9A 1B dalam SPM.
Remaja berkenaan juga pernah menghantar surat kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah membuat pendedahan berkenaan apabila dimaklumkan oleh seorang guru yang pernah mengajar remaja itu akibat tidak memperoleh 10A. Baginda bertitah demikian ketika di temui selepas mangadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Thursday, April 15, 2010

TENGKU MAHKOTA AMPUNKAN TAPI BERSYARAT


Istana Pahang bersedia tarik balik laporan polis terhadap seorang remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang serta menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan juga mendakwa bahawa dirinya adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda sendiri telah melihat laporan yang dibuat dan mengambil kira kenyataan remaja terbabit terhadap pihak berkuasa.
Baginda juga menyatakan tidak akan membuat tindakan susulan kalau remaja berkenaan memohon maaf dari baginda dan keluarganya serta buat akujanji dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak polis.
Baginda bertitah selepas melawat Zarina Wahab, wanita yang menjadi mangsa simbahan asid, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Titah Tengku Abdullah jika remaja berkenaan bersetuju memenuhi syarat berkenaan, kes itu akan ditarik balik. Namun sekiranya perkara itu berulang, laporan kes terbabit akan dibuka semula. Memandangkan perbuatan remaja itu boleh mencemarkan nama baik Istana Pahang selain turut menjejaskan kredibiliti pihak yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, remaja berkenaan telah pun menghantar surat memohon maaf serta akujanji kepada pihak Istana Pahang untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Surat itu dihantar oleh remaja berkenaan sendiri melalui Setiausaha Sulit Istana Pahang.
Remaja berkenaan juga telah melalui sesi kaunseling bersama Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka).

Friday, April 9, 2010

TENGKU ABDULLAH PRIHATIN NASIB RAKYAT DI LANDA BENCANA


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah ketika melawat mangsa ribut di Kampung Paya Luas dekat Kuala Krau, agar Jawatankuasa Keselamatan Daerah-Daerah melaporkan sebarang bencana yang menimpa rakyat Pahang dengan kadar segera kepada baginda.

Titah baginda, laporan segera ini bagi membolehkan baginda turun padang melawat mangsa serta menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terbabit.

"Kejadian ribut yang melanda di Kampung Paya Luas ini misalnya, baginda hanya mengetahui melalui laporan akhbar," titah baginda.