Monday, June 28, 2010

DAPAT LESEN KERETA API

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menamatkan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke-12 bersama rombongan diraja yang disertai Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia Ibni Almarhum Sultan Idris, putera baginda Tunku Idris dan puterinya Tunku Aminah dengan jayanya menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama bagi melalui 4 daerah di Johor.
Baginda serta rombongannya tiba di JB Sentral pada pukul 5.00 petang, selepas selesai melakukan prosedur "turn table" bagi memusingkan lokomotif 86 tan di Stesen Gemas, Negeri Sembilan bagi melayakkan baginda Sultan memperoleh Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26 yang diserahkan oleh Presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad.
KMJ 2010 kali ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila baginda Sultan Ibrahim sendiri sudi memandu kereta api bagi mendekatkan hubugan keluarga Diraja dengan rakyat Johor khususnya melalui program kembara ini.

5 comments:

Hafizi said...

memang Raja Berjiwa Rakyat...saya suka dengan sikapnya mendekati rakyat.....Ampun Tuanku!!!

izwanyusof said...

tak sempat nak tengok KMJ kali ni..
dah brape tahun dah miss program ni..

lomotech said...

huh bukan nak kata apa tapi rajin betul beliau nak bawa kereta api tu. kalau suruh aku... belum tentu lagi haha

Arif Dzulkifli said...

aku rasa aku pun nak apply ar sbijik lesen keteapi ni..cm stylo je..hehehe

fareez said...

baginda memang best, kebetulan penglibatan dengan KTM ini melibatkan abah, bangga dengan baginda sultan pertama yang memiliki lesen memandu kereta api. :)