Saturday, June 26, 2010

PANDU KERETA API

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 selama 3 hari ini bakal menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim memandu sendiri kereta api sejauh 400 km melalui 4 daerah bermula dari Johor Bahru ke Gemas sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
Acara pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Stesen JB Sentral.
Program KMJ kali ini akan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi dan apabila baginda sultan berjaya memusingkan lokomotif ini secara manual dengan menggunakan turn table sebagai satu syarat untuk memiliki Lesen Kelas 26 iaitu lesen memandu kereta api yang sah.
Baginda sultan juga berkenan melawat gerai pameran dan jualan karnival pertanian di Kulaijaya.

2 comments:

affan said...

hebat sultan johor sekarang. :)
smoga baginda dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

♥xaturen♥ said...

Baik sekali mendekati rakyat..
memahami keperluan rakyat.
Daulat Tuanku!