Tuesday, June 1, 2010

NILAI DENGAN ADIL

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar.
Masyarakat perlu adil menilai perkhidmatan anggota keselamatan seperti polis yang mempunyai tanggungjawab besar dan berat dalam membenteras jenayah buat negara Malaysia.
Baginda bertitah, anggota polis juga adalah insan yang mempunyai perasaan dan adalah kurang bijak jika khidmat itu tidak diberikan penilaian secara seimbang, saksama serta rasional.
Masyarakat mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan terhadap kadar jenayah yang meningkat, tetapi perlu di ingat bahawa polis bukan punca atau pencetus peningkatan kadar jenayah ini. Ia juga, "jangan sampai mencurahkan susu sebelanga kerana nila setitik." Antara penyumbang peningkatan kadar jenayah semasa adalah kerana keadaan sosio politik, kemelesetan ekonomi, pengangguran, kurang prasarana sosial serta pelbagai lagi keadaan semasa yang dihadapi negara.
Tanggungjawab sosial ini haruslah dipikul bersama-sama antara pihak polis dan masyarakat sekeliling bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat yang dikecapi selama ini agar berkekalan.
Kompleks ini juga dilengkapi dengan kemudahan bangunan pentadbiran, bangunan lapang sasar, unit kediaman anggota pelbagai pangkat, surau dan dewan serbaguna bagi keselesaan warganya.

0 comments: