Monday, October 11, 2010
KURNIA 19 KENDERAAN
Posted by diraja22 at 6:44 AM 0 comments
Labels: AUSTRALIA, DERMA, HARLEY DAVIDSON, HOLDEN, IBU PEJABAT KONTINJEN, JOHOR, KELUARGA, MAJLIS, PDRM, PENGIRING, PERDANA, POLIS, PROTON
Tuesday, January 26, 2010
HINA RAJA MELAYU

Tulisan berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangnya 25 laporan polis di buat terhadap penulis blog ini.
Posted by diraja22 at 8:09 PM 0 comments
Labels: adukateruna.blogspot.com, AKTA, ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, DAULAT TUANKU, JOHOR, RAKYAT JOHOR, SKMM
IKON WANITA ISLAM SOLEHAH
Islam syumul yang dipayungi "Ikon Wanita Solehah" ini adalah pegangan yang tiada tolok bandingnya. Kesejahteraan 1Malaysia berpayung dengan cahaya keimanan yang terpancar dari raut wajah suci setiap ikon ini iatu YAM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, YAM Tengku Permaisuri Siti Aishah serta YAM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Posted by diraja22 at 6:21 PM 0 comments
Labels: DAULAT TUANKU, IKON, ISTERI, JOHOR, PERMAISURI AGONG, SELANGOR, SITI AISHAH, SULTAN PAHANG, TENGKU AZIZAH, TENGKU NUR ZAHIRAH, TERENGGANU
SULTAN BERJIWA RAKYAT
Semangat keluarga dan persaudaraan jadi pegangan serta penghormatan bagi baginda Sultan Ahmad Shah. Atas dasar bekernaan 3 perlawanan bola sepak Liga Super telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak, berikutan kemangkatan Sultan Johor , Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
2 perlawanan terbabit melibatkan perlawanan Johor menentang T-Team yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Johor Baharu, dan Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur di Kuantan.
Kedua-dua perlawanan terbabit sepatutnya berlangsung pada 23 Januari 2010.
1 lagi perlawanan melibatkan Johor FC menentang KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang yang dijadualkan pada 26 Januari 2010. Johor berkabung selama 7 hari manakala Pahang selama 3 hari.
Penangguhan ketiga-tiga perlawanan itu disahkan oleh Setiusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.
Tarikh baru perlawanan-perlawanan itu akan ditentukan kemudian. Dasar inilah yang harus di ikuti oleh semua pemimpin-peminpin sesebuah institusi di dalam negara. Contohi teladan Sultan Pahang yang berjiwa rakyat serta ingin memajukan mutu sukan Negara demi kebaikan semua serta semangat 1Malaysia.
Posted by diraja22 at 1:19 AM 0 comments
Labels: DAULAT TUANKU, FAM, JOHOR, JOHOR FC, KL PLUS, LIGA MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN, SULTAN AHMAD SHAH, SULTAN PAHANG, T-TEAM
TMJ BERJIWA RAKYAT
Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar pada 28 Januari 2010.Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta Johor dan turut melafazkan taat setia untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda bagianda Sultan Ibrahim dan juga bonda baginda, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris serta rakyat Johor amnya.
Jiwa cucunda Sultan Iskandar memang terserlah jiwa rakyatnya. Baginda terlalu layak untuk menjadi model remaja zaman moden ini. Asuhan bonda tersayang Sultanah Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan ayahandanya Sultan Ibrahim Ismail dijadikan pegangan hidup untuk masa hadapan. Baginda terlalu sayangkan Sultan Iskandar hingga sanggup membasahi tubuhnya dengan peluh remaja baginda. Dari mula pengkebumian Sultan Iskandar hingga selesai, baginda meletakkan tanah ke liang lahad Sultan Iskandar hingga penuh. Bukan semua remaja terdidik sedemikian rupa.
Mudah-mudahan pedoman duniawi serta ukhrawinya sentiasa di penuhi hingga ke akhir hayat. Sifat penyayang, tegas, berani, mesra menjadi mainan anakanda kepada Sultan Johor ini. Rakyat Johor khasnya, patut berasa bangga memiliki TMJ yang berhati murni sebegini. Rakyat Malaysia haruslah jadikan "Ikon Remaja" sifat baginda ini amnya, barulah semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan pemimpin negara terlaksana.
Baginga diputerakan pada 30 jun 1984 di Johor Bahru. Tunku Ismail adalah putera sulung daripada 6 adik beradik.
Baginda dilantik Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Rakyat Johor juga berharap agar baginda dapat meneruskan usaha ayahanda baginda mendekati rakyat dengan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) untuk merapatkan hubungan rakyat jelata dengan kerabat diraja.
Posted by diraja22 at 12:28 AM 0 comments
Labels: 1MALAYSIA, DAULAT TUANKU, DIMASYURKAN, JIWA RAKYAT, JOHOR, KEMANGKATAN SULTAN JOHOR, KEMBARA MAHKOTA JOHOR, REMAJA MODEN, ROLL MODEL, TENGKU MAHKOTA, TMJ, TUNKU MAHKOTA JOHOR
