Showing posts with label KEMBARA MAHKOTA JOHOR. Show all posts
Showing posts with label KEMBARA MAHKOTA JOHOR. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

PANDU KERETA API

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 selama 3 hari ini bakal menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim memandu sendiri kereta api sejauh 400 km melalui 4 daerah bermula dari Johor Bahru ke Gemas sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
Acara pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Stesen JB Sentral.
Program KMJ kali ini akan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi dan apabila baginda sultan berjaya memusingkan lokomotif ini secara manual dengan menggunakan turn table sebagai satu syarat untuk memiliki Lesen Kelas 26 iaitu lesen memandu kereta api yang sah.
Baginda sultan juga berkenan melawat gerai pameran dan jualan karnival pertanian di Kulaijaya.

Friday, June 25, 2010

KAJI SEMULA GANTI TAMBAK JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor ang dibatalkan pada 2006.
Projek jambatan baru ini penting untuk kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Dengan terbinanya jambatan berkenaan akan melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Baginda berkenan mencemar duli bagi merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010. Hadir sama Raja Zarith Sofia Sultan Idris, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Baginda juga berasa bangga kerana bangunan ini dibina oleh kontraktor Bumiputera Johor serta siap mengikut jadual.

Tuesday, June 22, 2010

LIMPAHAN REZEKI

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 adalah satu platfom pertemuan keluarga Diraja Johor dan pentadbir negeri bersama rakyat jelata untuk beramah mesra di setiap semua destinasi persinggahan rombongan ini.
Kluang Rail Coffee antara salah satu destinasi persinggahan bagi rombongan kembara kali ini. Kedai ini telah beroperasi selama 72 tahun sejak dari tahun 1938. Kedai ini juga akan beroperasi 24 jam semperna menyambut ketibaan rombongan bersama kereta api Diraja berkenaan.
Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli di kedai ini yang terkenal dengan kelazatan kopi dan keenakan roti bakarnya.
Peniaga setempat juga bakal menikmati limpahan rezeki semperna kunjungan program kembara kali ini. Masyarakat setempat juga mengalu-alukan kunjungan Sultan Ibrahim di setiap siri jelajah destinasi baginda. Melalui program ini juga akan lebih mengeratkan hubungan keluarga istana dengan rakyat jelata.

Monday, June 21, 2010

BERKENAN SINGGAH

Kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim melalui program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kampung Chamek daerah Kluang menjadi tumpuan dan kebanggaan penduduk kampung kerana terpilih sebagai salah satu destinasi laluan bagi program ini pada 27 Jun 2010.
Penduduk di sini berasa amat bertuah kerana baginda Sultan sudi singgah di kampung berkenaan dan mendapat limpahan infrastruktur yang di naiktaraf. Di dalam program berkenaan juga baginda berkenan sudi singgah dan merasmikan Sekolah Agama Kampung Melayu Chamek. Sekolah ini juga di naiktaraf dan memilki portal laman web sendiri yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tuesday, June 15, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke 12 yang bakal menyaksikan kelainan dan kemahiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu kereta api yang merupakan pengangkutan utama pada program kali ini berlangsung sepanjang 26 hingga 28 Jun 2010.
Keistimewaan KMJ edisi ke 12 ini berlangsung selepas baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ayahanda baginda.
Sebagai persediaan baginda telah membuat penyelidikan melalui Internet dan pembacaan buku berkaitan enjin serta pengendalian kereta api.
Baginda turut berkenan memandu kereta api gerabak dari Stesen Keretapi JB Sentral ke Stesen Kulaijaya serta menzahirkan teruja baginda menanti tarikh 26 Jun 2010 untuk bertemu seluruh rakyat jelata dan tidak sabar hendak dapat lesen memandu kereta api.

Tuesday, January 26, 2010

TMJ BERJIWA RAKYAT

Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar pada 28 Januari 2010.
Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta Johor dan turut melafazkan taat setia untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda bagianda Sultan Ibrahim dan juga bonda baginda, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris serta rakyat Johor amnya.
Jiwa cucunda Sultan Iskandar memang terserlah jiwa rakyatnya. Baginda terlalu layak untuk menjadi model remaja zaman moden ini. Asuhan bonda tersayang Sultanah Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan ayahandanya Sultan Ibrahim Ismail dijadikan pegangan hidup untuk masa hadapan. Baginda terlalu sayangkan Sultan Iskandar hingga sanggup membasahi tubuhnya dengan peluh remaja baginda. Dari mula pengkebumian Sultan Iskandar hingga selesai, baginda meletakkan tanah ke liang lahad Sultan Iskandar hingga penuh. Bukan semua remaja terdidik sedemikian rupa.
Mudah-mudahan pedoman duniawi serta ukhrawinya sentiasa di penuhi hingga ke akhir hayat. Sifat penyayang, tegas, berani, mesra menjadi mainan anakanda kepada Sultan Johor ini. Rakyat Johor khasnya, patut berasa bangga memiliki TMJ yang berhati murni sebegini. Rakyat Malaysia haruslah jadikan "Ikon Remaja" sifat baginda ini amnya, barulah semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan pemimpin negara terlaksana.
Baginga diputerakan pada 30 jun 1984 di Johor Bahru. Tunku Ismail adalah putera sulung daripada 6 adik beradik.
Baginda dilantik Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Rakyat Johor juga berharap agar baginda dapat meneruskan usaha ayahanda baginda mendekati rakyat dengan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) untuk merapatkan hubungan rakyat jelata dengan kerabat diraja.