Showing posts with label KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

Monday, October 11, 2010

KURNIA 19 KENDERAAN

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta terdiri daripada 2 Proton Perdana serta 9 Holden keluaran Australia dan 8 Harley Davidson untuk kegunaan Ibu Pejabat Kontinjen Johor yang bernilai RM 5.5 juta.
Kenderaan ini juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring baginda Sultan dan seluruh keluarga Diraja Johor.
Turut hadir dalam Majlis Derma Kurnia Kenderaan ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Sunday, June 20, 2010

TIDAK PERKENAN

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris menarik balik perlantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.
Tengku Ahmad Zahiri telah menghadap Tuanku Ismail di Istana Mahkota mendakwa baginda Sultan meluahkan kekesalan terhadap tindakan berkenaan. Selain penarikan balik gelaran anugerah JP beberapa anugerah lain turut dilucutkan seperti Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT).
Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada 7 individu dan Jaksa Pendamai (JP) daripada 3 penerima oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Tuesday, May 18, 2010

SUMBANGAN UNTUK MANGSA TEMBAK

Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,00.00 kepada pengawal istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali.
Sumbangan peribadi ini bertujuan meringankan bebanan keluarga mangsa yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.
Baginda juga amat mengambil berat serta prihatin terhadap keadaan Ramli dan masih dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari badan mangsa telah dilakukan oleh pihak doktor.
Pihak polis juga, masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan Tengku Faris berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

* Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pukul 3 pagi 19hb May 2010.

Monday, May 17, 2010

KUKUHKAN KELUARGA


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kelonggaran penyahayatan agama yang semakin teramcam dalam masyarakat kini.
Walau bagaimanapun baginda bertitah, institusi kekeluargaan dan kejiranan perlu diperkukuhkan sebagai benteng utama dalam menangani permasalahan sosial yang berlaku hari ini serta masa mendatang.
Laporan permasalahan sosial ini hampir setiap hari dipaparkan dari pihak media.
"Penawar terbaik adalah mengambil langkah pencegahan sebelum sesuatu masalah itu timbul, oleh itu didikan dan bimbingan agama yang terbaik pada anak-anak perlu bermula dari peringkat awal, titah baginda di Majlis Istiadat Penganugerahan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke - 67 serta 10 tahun pemerintahan baginda di Balairong Seri, Istana Arau.
Tuanku Syed Siarajuddin juga mengingatkan rakyat agar peka dan prihatin dengan isu-isu yang berlaku di persekitaran komuniti secara bersama.
Baginga juga berkenan menanugerahkan sebanyak 40 darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 40 penerima.
Setelah selesai istiadat tersebut, baginda turut berkenan berangkat ke Majis Santapan di Dewan Warisan, Kangar bersama-sama tetamu.