Showing posts with label PETRA. Show all posts
Showing posts with label PETRA. Show all posts

Monday, September 13, 2010

TENGKU FARIS DIMASYHURKAN

Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke - 29 setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja menggantikan Tuanku Ismail Petra, ayahanda baginda.
Pengisytiharan pemasyuran ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz di Balairong Seri Istana Besar.
Turut hadir pada majlis ini, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan dan para tetamu jemputan.
Tuanku Faris Petra diputerakan pada 06 Okt 1969 dan telah dianugerahkan Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda juga mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Temenggong, Tengku Fakhry Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan adinda bongsu Tengku Amalin A'lshah Putri.

Tuesday, May 11, 2010

SOKONG SULTAN KELANTAN


Sultan Kelantan telah dibawa pulang ke Istana Mahkota selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel. Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kelantan menyokong penuh tindakan merujuk Sultan Kelantan ke HUSM untuk mendapat rawatan susulan yang terbukti sebagai sebuah pusat perubatan terbaik dalam negara.
Persatuan juga berasa yakin penuh dengan kebolehan serta kepakaran panel doktor yang dilantik pihak kerajaan untuk memeriksa dan menilai tahap kesihatan Sultan. Anggota persatuan juga, sentiasa menyokong penuh sebarang tindakan serta keputusan Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Faris Petra dan kerajaan negeri dalam semua situasi demi untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Thursday, January 28, 2010

TENGKU FAKHRY GAGAL CABAR KEPUTUSAN


Tengku Fakhry Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mencabar keputusan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar atau diadli di mahkamah.