Showing posts with label SULTAN KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label SULTAN KELANTAN. Show all posts

Friday, September 24, 2010

SULTAN MUHAMMAD V

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimashyurkan sebagai Sultan Kelantan kini dikenali Sultan Muhammad V.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya, Sultan Ismail Petra yang gering.
Baginda berkenan menggunakan nama ini atas kehendak baginda sendiri bagi mendapatkan keberkatan, berikutan nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu.

Tahun 1900 - 1920
Sultan Muhammad IV
- Tuan Long Senik

Tahun 1890 - 1891
Sultan Muhammad III
- Sultan Ahmad

Tahun 1836 - 1886
Sultan Muhammad II
(Sultan Muhammad Mulut Merah)
- Long Senik Long Tan

Tahun 1800 - 1835
Sultan Muhammad I
- Long Muhammad Long Yunus

Monday, September 13, 2010

TENGKU FARIS DIMASYHURKAN

Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke - 29 setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja menggantikan Tuanku Ismail Petra, ayahanda baginda.
Pengisytiharan pemasyuran ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz di Balairong Seri Istana Besar.
Turut hadir pada majlis ini, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan dan para tetamu jemputan.
Tuanku Faris Petra diputerakan pada 06 Okt 1969 dan telah dianugerahkan Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda juga mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Temenggong, Tengku Fakhry Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan adinda bongsu Tengku Amalin A'lshah Putri.

Sunday, June 20, 2010

TIDAK PERKENAN

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris menarik balik perlantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.
Tengku Ahmad Zahiri telah menghadap Tuanku Ismail di Istana Mahkota mendakwa baginda Sultan meluahkan kekesalan terhadap tindakan berkenaan. Selain penarikan balik gelaran anugerah JP beberapa anugerah lain turut dilucutkan seperti Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT).
Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada 7 individu dan Jaksa Pendamai (JP) daripada 3 penerima oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sunday, June 13, 2010

CERAI DIBICARA SECARA TERTUTUP

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengarahkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana dilaksanakan secara tertutup.
Hakim Syarie, memutuskan demikian bagi menghormati hal peribadi baginda Sultan. Orang awam diminta meninggalkan geleri awam mahkamah bagi tujuan tersebut.
Nik Rohana memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga oleh Tuanku Ismail terhadap Cik Puan Elia.
Baginda Sultan didakwa menjatuhkan talak terhadap Elia Suhana di hadapan beberapa orang saksi di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Ismail Petra berkahwin dengan Elia Suhana pada penghujung tahun 2007.

Monday, May 24, 2010

GAGAL BERTEMU SULTAN

Walaupun Cik Puan Elia Suhana telah mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah untuk melawat suaminya, isteri kedua Sultan Kelantan berkenaan masih tidak bepeluang menemui baginda Sultan.
Elia Suhana gagal dalam cubaan kali kedua untuk bertemu Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra di Istana Mahkota selepas dihalang oleh beberapa pengawal meskipun membawa bersama surat perintah mahkamah. Setibanya rombongan tersebut di pintu hadapan Istana Mahkota pintu tertutup rapat.

5 DILUCUTKAN PINGAT

5 kenamaan negeri dilucutkan terdiri 3 bergelar Datuk dan 2 Jaksa Pendamai (JP) dilucutkan pingat kebesaran masing-masing yang dikurniakan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Tindakan ini diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra, berikutan kegagalan individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri seterusnya menjejaskan nama baik institusi Istana Kelantan.
Mereka yang terbabit terdiri daripada 3 kakitangan kerajaan negeri yang masih berkhidmat di Pusat Pentadbiran Kota Darul Naim dan Balai Islam.
2 lagi ahli perniagaan yang dikenakan tindakan sama terbabit dalam bidang automobil dan pembinaan. Semua individu terbabit dipercayai sudah atau akan menerima surat makluman mengenai perlucutan tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini tindakan melucutkan pingat kebesaran Kelantan bagi gelaran Datuk diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, terhadap 4 individu yang terdiri daripada seorang ahli politik dan 3 ahli perniagaan.

Sunday, May 23, 2010

TOLAK BANTAHAN AWAL


Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak permohonan bantahan awal isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad bagi membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga yang difailkan oleh Datin Nik Rohana Wan Abd Rahman.
Hakim Syarie membuat keputusan, apa yang dilakukan Datin Nik Rohana (plantif) telah menepati hukum syarak bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan terhadap lafaz cerai Sultan itu.
Cik Puan Elia Suhana Ahmad dan Datin Nik Rohana Wan Abdul Rahman turut hadir mendengar kes tersebut.
Lafaz cerai berkenaan didakwa dilafazkan baginda Sultan ketika masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura di hadapan beberapa orang saksi termasuk Nik Rohana.

Wednesday, May 19, 2010

MINTA POLIS UTAMAKAN KES TEMBAK

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra minta polis meletakkan keutamaan kepada kes seorang pengawal Istana Kelantan, allahyarham Ramli Mohamad yang telah meninggal dunia akibat ditembak oleh individu yang tidak dikenali itu.
Baginda juga berharap pihak polis menemui petunjuk bagi menyelesaikan segera kes pembunuhan tersebut.
Pemangku Sultan Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.
Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar yang bertungkus lumus memberikan rawatan serta perhatian terbaik buat allahyarham.
Berikutan dari kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Ismail Petra dipertingkatkan.

Monday, May 17, 2010

MOHON PENDENGARAN AWAL


Peguam yang mewakili Sultan Kelantan akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara bagi memohon beliau mempercepatkan tarikh pendengaran writ habeas corpus yang mempunyai kaitan dengan baginda.
Permohonan itu disokong oleh afidavid Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Writ itu difailkan bagi memohon mambawa Sulatan Kelantan keluar dari hospital dan membenarkan baginda mendapat rawatan perubatan mengikut pilihan baginda.
Bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan, baginda masih berada dalam kawalan di Istana dan berhasrat meneruskan perkara ini secepat mungkin.

Tuesday, May 11, 2010

SOKONG SULTAN KELANTAN


Sultan Kelantan telah dibawa pulang ke Istana Mahkota selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel. Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kelantan menyokong penuh tindakan merujuk Sultan Kelantan ke HUSM untuk mendapat rawatan susulan yang terbukti sebagai sebuah pusat perubatan terbaik dalam negara.
Persatuan juga berasa yakin penuh dengan kebolehan serta kepakaran panel doktor yang dilantik pihak kerajaan untuk memeriksa dan menilai tahap kesihatan Sultan. Anggota persatuan juga, sentiasa menyokong penuh sebarang tindakan serta keputusan Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Faris Petra dan kerajaan negeri dalam semua situasi demi untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Wednesday, April 7, 2010

SULTAN KELANTAN SEMAKIN PULIH


Setelah hampir setahun gering, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berkenan bertemu rakyat buat pertama kalinya di Istana Mahkota, Kota Bharu. Baginda menaiki kerusi roda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis meraikan anak yatim serta penyampaian sumbangan zakat dalam majlis tersebut. Baginda sultan yang sentiasa tersenyum juga diiringi oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Petra. Pada hari sebelumnya baginda dibawa bersiar-siar sekitar bandar dengan menaiki kereta Bentley yang dipandu oleh anakanda baginda, Tengku Fakhry.
Baginda kelihatan realistik dengan keadaan kesihatan baginda, boleh mendengar dengan baik dan memahami apa yang belaku di situasi keliling. Mata baginda juga kelihatan berkelip-kelip.
Baginda juga sekali-sekala menggerak-gerakkan mulut apabila mahu bertitah.

Thursday, March 25, 2010

TENGKU FARIS KEKAL PEMANGKU RAJA KELANTAN


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra tetap sabar dan masih mampu tersenyum walaupun menghadapi kemelut Pemangku Raja melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.
Tengku Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan mengikut undang-undang.
Majlis Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran semperna Hari Keputeraaan Sultan Kelantan 30 Mac 2010 di Istana Balai Besar Kelantan akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

Monday, March 15, 2010

TENGKU ANIS BERDUKACITA

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid melahirkan perasaan dukacita dan kecewa dengan sikap pemimpin negeri Kelantan yang tidak melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Mounth Elizabeth, Singapura.
Ini merupakan kemunculan pertama baginda di khalayak umum selepas mengiringi kepulangan Tuanku Ismail Petra pada 4 Mac lalu. Majlis Solat Kesyukuran dan Sambutan Maulidul Rasul di Dewan Kompleks Majlis Agama Islam Panji, Kota Bharu turut dihadiri kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra.

Saturday, March 13, 2010

TENGKU FARIS PETRA PEMANGKU SULTAN KELANTAN


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra akan terus melaksanakan dan menerajui pemerintahan negeri sehingga ayahanda baginda, Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra sehingga sihat sepenuhnya.
Sultan Kelantan yang gering masih menjalani rawatan susulan dan belum berupaya melaksanakan tugas hal ehwal berkenaan negeri.
Pemangku Raja serta adinda baginda, Tengku Bendahara, Tengku Faiz Petra amat berharap ayahanda baginda akan sembuh segera dan kembali menguruskan hal-hal peribadi serta hal ehwal berkaitan pentadbiran negeri di masa akan datang.
Kedua-dua putera ini juga berharap baginda dapat sembuh seperti sebelumnya dan berharap tidak ada rakyat yang mudah mempercayai sebarang khabar angin.