Showing posts with label PEMANGKU RAJA KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label PEMANGKU RAJA KELANTAN. Show all posts

Monday, September 13, 2010

TENGKU FARIS DIMASYHURKAN

Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke - 29 setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja menggantikan Tuanku Ismail Petra, ayahanda baginda.
Pengisytiharan pemasyuran ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz di Balairong Seri Istana Besar.
Turut hadir pada majlis ini, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan dan para tetamu jemputan.
Tuanku Faris Petra diputerakan pada 06 Okt 1969 dan telah dianugerahkan Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda juga mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Temenggong, Tengku Fakhry Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan adinda bongsu Tengku Amalin A'lshah Putri.

Wednesday, June 16, 2010

10 DITARIK DARJAH

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris menarik balik darjah kebesaran negeri dan gelaran daripada 10 orang individu termasuk 7 Datuk Paduka dan 3 orang Jaksa Pendamai (JP).
Pengumuman perlucutan darjah kebesaran negeri Kelantan dan gelaran ini dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri (SUK).
Penarikan balik pingat adalah hak Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang dibuat mengikut budi bicara dan hemah baginda.
2 daripada individu yang dikenakan tindakan juga terbabit juga sedang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semua individu terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan masing-masing menerusi surat.

Monday, May 24, 2010

5 DILUCUTKAN PINGAT

5 kenamaan negeri dilucutkan terdiri 3 bergelar Datuk dan 2 Jaksa Pendamai (JP) dilucutkan pingat kebesaran masing-masing yang dikurniakan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Tindakan ini diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra, berikutan kegagalan individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri seterusnya menjejaskan nama baik institusi Istana Kelantan.
Mereka yang terbabit terdiri daripada 3 kakitangan kerajaan negeri yang masih berkhidmat di Pusat Pentadbiran Kota Darul Naim dan Balai Islam.
2 lagi ahli perniagaan yang dikenakan tindakan sama terbabit dalam bidang automobil dan pembinaan. Semua individu terbabit dipercayai sudah atau akan menerima surat makluman mengenai perlucutan tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini tindakan melucutkan pingat kebesaran Kelantan bagi gelaran Datuk diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, terhadap 4 individu yang terdiri daripada seorang ahli politik dan 3 ahli perniagaan.

Wednesday, May 19, 2010

MINTA POLIS UTAMAKAN KES TEMBAK

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra minta polis meletakkan keutamaan kepada kes seorang pengawal Istana Kelantan, allahyarham Ramli Mohamad yang telah meninggal dunia akibat ditembak oleh individu yang tidak dikenali itu.
Baginda juga berharap pihak polis menemui petunjuk bagi menyelesaikan segera kes pembunuhan tersebut.
Pemangku Sultan Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.
Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar yang bertungkus lumus memberikan rawatan serta perhatian terbaik buat allahyarham.
Berikutan dari kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Ismail Petra dipertingkatkan.

Tuesday, May 18, 2010

SUMBANGAN UNTUK MANGSA TEMBAK

Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,00.00 kepada pengawal istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali.
Sumbangan peribadi ini bertujuan meringankan bebanan keluarga mangsa yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.
Baginda juga amat mengambil berat serta prihatin terhadap keadaan Ramli dan masih dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari badan mangsa telah dilakukan oleh pihak doktor.
Pihak polis juga, masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan Tengku Faris berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

* Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pukul 3 pagi 19hb May 2010.

Sunday, May 2, 2010

ZIARAH MANGSA TEMBAK


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra menziarahi pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd yang cedera ditembak dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
Tengku Faris yang memandu sendiri keretanya, memakai jubah putih tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pengawal keselamatan dan disambut oleh pagawai-pegawai kanan hospital.
Baginda berada di situ kira-kira setengah jam untuk mengetahui keadaan kesihatan pengawal itu yang di jangka akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang terbenam di dadanya.
Baginda juga mengarahkan pihak polis membuat siasatan segera kes ini bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang di anggap serius.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah malam, mangsa yang menunggang sendirian ditembak dari jarak dekat oleh orang yang tidak di kenali, di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.
Mangsa yang cedera di dada dihantar ke Hospital Tumpat sebelum di rujuk Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana di dapati serius.

Thursday, March 25, 2010

TENGKU FARIS KEKAL PEMANGKU RAJA KELANTAN


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra tetap sabar dan masih mampu tersenyum walaupun menghadapi kemelut Pemangku Raja melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.
Tengku Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan mengikut undang-undang.
Majlis Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran semperna Hari Keputeraaan Sultan Kelantan 30 Mac 2010 di Istana Balai Besar Kelantan akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

PERLANTIKAN TIDAK SAH

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz Hamzah, sebagai Pemangku Raja Kelantan yang baru adalah tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, masih kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Saturday, March 13, 2010

TENGKU FARIS PETRA PEMANGKU SULTAN KELANTAN


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra akan terus melaksanakan dan menerajui pemerintahan negeri sehingga ayahanda baginda, Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra sehingga sihat sepenuhnya.
Sultan Kelantan yang gering masih menjalani rawatan susulan dan belum berupaya melaksanakan tugas hal ehwal berkenaan negeri.
Pemangku Raja serta adinda baginda, Tengku Bendahara, Tengku Faiz Petra amat berharap ayahanda baginda akan sembuh segera dan kembali menguruskan hal-hal peribadi serta hal ehwal berkaitan pentadbiran negeri di masa akan datang.
Kedua-dua putera ini juga berharap baginda dapat sembuh seperti sebelumnya dan berharap tidak ada rakyat yang mudah mempercayai sebarang khabar angin.

Thursday, January 28, 2010

TENGKU FAKHRY GAGAL CABAR KEPUTUSAN


Tengku Fakhry Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mencabar keputusan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar atau diadli di mahkamah.