Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

SUMBANGAN AIDILFITRI

Anak yatim dan saudara baru di sekitar daerah Petaling Jaya menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak Rm300 seorang dari syarikat Gapurna Sdn Bhd. (Garpurna) yang disampaikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Majlis yang diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra ini bersemperna Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan yang terbabit. Majlis ini juga merupakan program tahunan syarikat bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bagi meneruskan kehidupan.
Turut berangkat hadir di majlis ini Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Menteri Basar Selangor, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Gapurna.

Monday, June 21, 2010

BERKENAN SINGGAH

Kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim melalui program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kampung Chamek daerah Kluang menjadi tumpuan dan kebanggaan penduduk kampung kerana terpilih sebagai salah satu destinasi laluan bagi program ini pada 27 Jun 2010.
Penduduk di sini berasa amat bertuah kerana baginda Sultan sudi singgah di kampung berkenaan dan mendapat limpahan infrastruktur yang di naiktaraf. Di dalam program berkenaan juga baginda berkenan sudi singgah dan merasmikan Sekolah Agama Kampung Melayu Chamek. Sekolah ini juga di naiktaraf dan memilki portal laman web sendiri yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tuesday, June 15, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke 12 yang bakal menyaksikan kelainan dan kemahiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu kereta api yang merupakan pengangkutan utama pada program kali ini berlangsung sepanjang 26 hingga 28 Jun 2010.
Keistimewaan KMJ edisi ke 12 ini berlangsung selepas baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ayahanda baginda.
Sebagai persediaan baginda telah membuat penyelidikan melalui Internet dan pembacaan buku berkaitan enjin serta pengendalian kereta api.
Baginda turut berkenan memandu kereta api gerabak dari Stesen Keretapi JB Sentral ke Stesen Kulaijaya serta menzahirkan teruja baginda menanti tarikh 26 Jun 2010 untuk bertemu seluruh rakyat jelata dan tidak sabar hendak dapat lesen memandu kereta api.

Thursday, June 3, 2010

RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA

Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kali ini, rakyat Malaysia keseluruhannya berpeluang menyaksikan segmen khas, "Daulat Tuanku : Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada" di saluran TV3 melalui programnya Majalah 3 yang akan memaparkan kehidupan eksklusif di istana Raja-Raja Melayu termasuk juga kebudayaan, warisan istana serta seni bina istana yang ada pada masa ini yang masih dikekalkan.
Program ini akan disiarkan di TV3 pada 05hb June 2010 jam 9.00 malam.
Institusi pemerintahan diraja ini menjadi sumber inspirasi serta wadah bagi rakyat Malaysia untuk berlindung, mendapat keadilan dan menyerahkan taat setia kepada negara. Rakyat juga, akan lebih mengenali institusi pemerintahan beraja ini serta dapat merealisasikan mesej antara raja dan rakyat tiada jurang.
Imej institusi kesultanan ini juga akan menjadi simbolik kepada rakyat keseluruhannya sebagai kuasa polik dan sosial negara Malaysia secara khususnya.