Showing posts with label SULTAN IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label SULTAN IBRAHIM. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

TMJ TIADA AKAUN FB

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook miliknya sendiri.
Antara yang memiliki laman rangkaian sosial individu keluarga Diraja Johor adalah adinda baginda iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Abdul Jalil Iskandar.
Mana-mana laman Facebook yang mendakwa pengendalinya merupakan pengendalinya merupakan putera atau puteri kepada Sultan Johor adalah tidak benar.

Friday, June 25, 2010

KAJI SEMULA GANTI TAMBAK JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor ang dibatalkan pada 2006.
Projek jambatan baru ini penting untuk kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Dengan terbinanya jambatan berkenaan akan melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Baginda berkenan mencemar duli bagi merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010. Hadir sama Raja Zarith Sofia Sultan Idris, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Baginda juga berasa bangga kerana bangunan ini dibina oleh kontraktor Bumiputera Johor serta siap mengikut jadual.

Tuesday, June 22, 2010

LIMPAHAN REZEKI

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 adalah satu platfom pertemuan keluarga Diraja Johor dan pentadbir negeri bersama rakyat jelata untuk beramah mesra di setiap semua destinasi persinggahan rombongan ini.
Kluang Rail Coffee antara salah satu destinasi persinggahan bagi rombongan kembara kali ini. Kedai ini telah beroperasi selama 72 tahun sejak dari tahun 1938. Kedai ini juga akan beroperasi 24 jam semperna menyambut ketibaan rombongan bersama kereta api Diraja berkenaan.
Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli di kedai ini yang terkenal dengan kelazatan kopi dan keenakan roti bakarnya.
Peniaga setempat juga bakal menikmati limpahan rezeki semperna kunjungan program kembara kali ini. Masyarakat setempat juga mengalu-alukan kunjungan Sultan Ibrahim di setiap siri jelajah destinasi baginda. Melalui program ini juga akan lebih mengeratkan hubungan keluarga istana dengan rakyat jelata.

Monday, June 21, 2010

BERKENAN SINGGAH

Kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim melalui program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kampung Chamek daerah Kluang menjadi tumpuan dan kebanggaan penduduk kampung kerana terpilih sebagai salah satu destinasi laluan bagi program ini pada 27 Jun 2010.
Penduduk di sini berasa amat bertuah kerana baginda Sultan sudi singgah di kampung berkenaan dan mendapat limpahan infrastruktur yang di naiktaraf. Di dalam program berkenaan juga baginda berkenan sudi singgah dan merasmikan Sekolah Agama Kampung Melayu Chamek. Sekolah ini juga di naiktaraf dan memilki portal laman web sendiri yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tuesday, June 15, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke 12 yang bakal menyaksikan kelainan dan kemahiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu kereta api yang merupakan pengangkutan utama pada program kali ini berlangsung sepanjang 26 hingga 28 Jun 2010.
Keistimewaan KMJ edisi ke 12 ini berlangsung selepas baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ayahanda baginda.
Sebagai persediaan baginda telah membuat penyelidikan melalui Internet dan pembacaan buku berkaitan enjin serta pengendalian kereta api.
Baginda turut berkenan memandu kereta api gerabak dari Stesen Keretapi JB Sentral ke Stesen Kulaijaya serta menzahirkan teruja baginda menanti tarikh 26 Jun 2010 untuk bertemu seluruh rakyat jelata dan tidak sabar hendak dapat lesen memandu kereta api.

Monday, March 1, 2010

TUNKU TEMENGGONG JOHOR


Tunku Idris Ibrahim diisytihar sebagai Tunku Temenggong Johor oleh ayahndanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Baharu, Johor.
"Sempena sambutan hari yang mulia ini, pada fikiran saya, adalah molek untuk saya melantik dan menjadikan anakanda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor," titah baginda di hadapan kerabat diraja, pentadbir negeri dan seluruh rakyat yang hadir.
Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain.
Tunku Idris, 22, yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pernah menempa nama dengan mengetuai lintas hormat enam pesawat udara sempena perarakan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak pada 2007.
Lintas hormat itu menggunakan helikopter EC120 yang diiringi dua helikopter EC120 lain, sebuah pesawat jenis Socata TB10 dan dua buah pesawat Eagle 150B buatan Malaysia.