Showing posts with label PULIH. Show all posts
Showing posts with label PULIH. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

SULTAN KELANTAN AKAN KEMBALI MEMERINTAH

Kesihatan Tuanku Ismail Petra kini semakin pulih dan dijangkakan akan melaksanakan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa.
Menurut Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry keadaan ini bergantung pada tahap kesihatan baginda Sultan dan menentukan masa yang sesuai untuk memulakan tanggungjawab baginda.
Tahap kesihatan baginda Sultan juga dilihat semakin positif buat masa ini.
Menurut sumber dari Istana Mahkota, tahap kesihatan baginda pada masa ini belum pulih sepenuhnya. Baginda Sultan juga, masih menerima rawatan intensif daripada sepasukan doktor yang diketuai Pakar Perubatan Nephrologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Monday, May 24, 2010

ANAKANDA TENGKU MAHKOTA BERANSUR PULIH


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah menasihati orang ramai terutamanya masyarakat setempat menjalankan aktiviti gotong royong bagi mencegah wabak demam denggi.
Titah baginda, masyarakat harus berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan terutama di kawasan kediaman serta persekitaran.
Tengku Abdullah memberitahu mengenai situasi kesihatan, anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Aminah (HTAA) setelah disahkan mengidap demam denggi, kini beransur pulih tapi cuma masih dalam keadaan lemah dan sakit-sakit sendi.

Wednesday, April 7, 2010

SULTAN KELANTAN SEMAKIN PULIH


Setelah hampir setahun gering, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berkenan bertemu rakyat buat pertama kalinya di Istana Mahkota, Kota Bharu. Baginda menaiki kerusi roda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis meraikan anak yatim serta penyampaian sumbangan zakat dalam majlis tersebut. Baginda sultan yang sentiasa tersenyum juga diiringi oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Petra. Pada hari sebelumnya baginda dibawa bersiar-siar sekitar bandar dengan menaiki kereta Bentley yang dipandu oleh anakanda baginda, Tengku Fakhry.
Baginda kelihatan realistik dengan keadaan kesihatan baginda, boleh mendengar dengan baik dan memahami apa yang belaku di situasi keliling. Mata baginda juga kelihatan berkelip-kelip.
Baginda juga sekali-sekala menggerak-gerakkan mulut apabila mahu bertitah.