Showing posts with label THAILAND. Show all posts
Showing posts with label THAILAND. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

PERTAHANKAN SUNNAH WALJAMAAH

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua umat islam perlu mempertahankan, mengamalkan serta menghayati amalan Sunnah Waljamaah sebagai panduan hidup.
Amalan yang diamanahkan oleh baginda Rasulullah buat umatnya adalah cukup sempurna.
Baginda berkenan mencemar duli ke majlis Forum Ahli Sunnah Waljamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) anjuran Persatuan Al-Islah Negeri Perlis serta merasmikannya.
Baginda juga berharap forum ini berupaya menyuburkan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat sama ada di dalam negara mahupun luar.
Antara tokoh-tokoh yang hadir terdiri dari Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, Rektor Universiti Islam Yala, Thailand serta beberapa tokoh islam yang lagi.

Monday, April 26, 2010

KUALA PERLIS BAKAL JADI BANDAR MARITIM


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengesyorkan dan mencadangkan agar Kuala Perlis dijadikan Bandar Maritim untuk negeri Perlis Indra Kayangan.
Baginda bertitah demikian kerana daerah Kuala Perlis mempunyai lokasi yang amat strategik sebagai bandar perhubungan utama pengangkutan laut antara Pulau Langkawi, Semenanjung Malaysia, Wilayah Satun di Thailand serta dijadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa yang menghubungkan lokasi lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Acheh, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Terminal feri Kuala Perlis juga merupakan pintu masuk utama ke Malaysia dari Pulau Langkawi dan Wilayah Satun di Thailand melalui jalan laut.
Kerajaan negeri Perlis juga, telah mengemukakan cadangan membina jeti perikanan baru di Kuala Perlis iaitu yang terbesar di Malaysia bagi melayakkan daerah ini diangkat sebagai bandar maritim. Ini juga akan menyumbang dalam memajukan industri perlancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis khususnya.
Turut hadir dalam majlis perasmian Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bersama Rakyat Perlis ini ialah Raja Muda Puan Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia.