Showing posts with label TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL. Show all posts
Showing posts with label TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

PERTAHANKAN SUNNAH WALJAMAAH

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua umat islam perlu mempertahankan, mengamalkan serta menghayati amalan Sunnah Waljamaah sebagai panduan hidup.
Amalan yang diamanahkan oleh baginda Rasulullah buat umatnya adalah cukup sempurna.
Baginda berkenan mencemar duli ke majlis Forum Ahli Sunnah Waljamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) anjuran Persatuan Al-Islah Negeri Perlis serta merasmikannya.
Baginda juga berharap forum ini berupaya menyuburkan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat sama ada di dalam negara mahupun luar.
Antara tokoh-tokoh yang hadir terdiri dari Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, Rektor Universiti Islam Yala, Thailand serta beberapa tokoh islam yang lagi.

Thursday, May 27, 2010

PERTAHANKAN KESUCIAN MASJID


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail berkenan hadir majlis perasmian masjid Al Husna di Batu Bertangkop, Padang Besar semperna sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke - 67 serta sedekad pemerintahannya.
Baginda bertitah, agar umat islam sama-sama menjaga kesucian masjid supaya tidak menjadi tempat atau arena yang boleh mewujudkan perpecahan untuk melaksanakan agenda peribadi oleh golongan tertentu. Ini akan merugikan umat islam secara keseluruhannya.
Jika masjid digunakan oleh orang yang tidak berkelayakan, ini akan menimbulkan masalah termasuk menjadi punca perpecahan dalam masyarakat.

Monday, May 17, 2010

KUKUHKAN KELUARGA


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kelonggaran penyahayatan agama yang semakin teramcam dalam masyarakat kini.
Walau bagaimanapun baginda bertitah, institusi kekeluargaan dan kejiranan perlu diperkukuhkan sebagai benteng utama dalam menangani permasalahan sosial yang berlaku hari ini serta masa mendatang.
Laporan permasalahan sosial ini hampir setiap hari dipaparkan dari pihak media.
"Penawar terbaik adalah mengambil langkah pencegahan sebelum sesuatu masalah itu timbul, oleh itu didikan dan bimbingan agama yang terbaik pada anak-anak perlu bermula dari peringkat awal, titah baginda di Majlis Istiadat Penganugerahan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke - 67 serta 10 tahun pemerintahan baginda di Balairong Seri, Istana Arau.
Tuanku Syed Siarajuddin juga mengingatkan rakyat agar peka dan prihatin dengan isu-isu yang berlaku di persekitaran komuniti secara bersama.
Baginga juga berkenan menanugerahkan sebanyak 40 darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 40 penerima.
Setelah selesai istiadat tersebut, baginda turut berkenan berangkat ke Majis Santapan di Dewan Warisan, Kangar bersama-sama tetamu.

Tuesday, January 26, 2010

DK BUKAN DARUL KHUSUS SAJA


Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 21 Januari 2010 berkenan menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Selangor Yang Dihormati (DK) Selangor.
Darjah tersebut dianugerahkan kepada baginda oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah.
Sebelum ini, Tuanku Mukhriz pernah dianugerahkan darjah kebesaran tertinggi Negeri Sembilan, Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (DK) Negeri Sembilan, (DK) Perak dan (DK) Perlis.
Tuanku Mukhriz 62, dimasyhurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.