Showing posts with label KERETA BENTLEY. Show all posts
Showing posts with label KERETA BENTLEY. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

TARIK BALIK SAMAN

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry menarik balik saman pemula baginda terhadap kekandanya Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Faris Petra di Mahkamah Tinggi untuk menuntut sebuah kereta Bentley yang bernilai RM 1.7 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan permohonan Tengku Fakhry dengan kos guaman RM5000 dibayar kepada kekandanya.
Tengku Fakhry memfailkan writ saman bersama afidavit sokongan dengan menyatakan kereta Bentley biru bernombor pendaftaran DBG1 adalah milik beliau.

Wednesday, April 7, 2010

SULTAN KELANTAN SEMAKIN PULIH


Setelah hampir setahun gering, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berkenan bertemu rakyat buat pertama kalinya di Istana Mahkota, Kota Bharu. Baginda menaiki kerusi roda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis meraikan anak yatim serta penyampaian sumbangan zakat dalam majlis tersebut. Baginda sultan yang sentiasa tersenyum juga diiringi oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Petra. Pada hari sebelumnya baginda dibawa bersiar-siar sekitar bandar dengan menaiki kereta Bentley yang dipandu oleh anakanda baginda, Tengku Fakhry.
Baginda kelihatan realistik dengan keadaan kesihatan baginda, boleh mendengar dengan baik dan memahami apa yang belaku di situasi keliling. Mata baginda juga kelihatan berkelip-kelip.
Baginda juga sekali-sekala menggerak-gerakkan mulut apabila mahu bertitah.

Monday, March 8, 2010

BENTLEY DBG 1 DITUNTUT TENGKU FAKHRY

Tengku Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan mendakwa, melalui perjanjian pesanan kenderaan bertarikh 23 April 2008, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah memesan kenderaan berkenaan daripada Malayan Motors. Dakwa plaintif, beliau telah menguruskan semua urusan rasmi berhubung kenderaan tersebut termasuk jenis tayar, speaker, brek, Bluetooth telefon dan radiator dengan penjual.Menurutnya lagi, meskipun kenderaan itu didaftarkan atas nama ayahandanya namun keseluruhan wang pembelian S$706,880 (RM 1.7 juta) dibayar oleh beliau. Sebaik sahaja bayaran diterima, penjual telah mengeluarkan resit rasmi sebelum menghantar kenderaan itu dari London ke Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Dakwa Tengku Muhammad Fakhry, kenderaan itu pada setiap masa berada dalam posisi eksklusif sama ada di istana mahupun kediaman beliau di Jalan Tun Razak, di sini. Namun pada 18 Julai tahun lalu, plaintif mendakwa, defendan melalui ejen atau pekerja mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran beliau telah mengambil kenderaan itu ketika beliau berada di luar negara. Kenderaan tersebut dibawa balik ke Istana Mahkota di Kubang Kerian. Tengku Muhammad Fakhry mendakwa, pada pukul 5.45 petang, 30 Julai tahun lalu, beliau telah pergi ke istana untuk mengambil kenderaan tersebut tetapi dihalang oleh polis atas arahan defendan. Dalam permohonan yang dikemukakan, plaintif turut memohon perisytiharan bahawa kenderaan itu yang telah dibeli untuk kegunaan dirinya dan ayahanda, adalah milik beliau. Perisytiharan lain yang dimohon adalah defendan tidak berhak kepada kereta Bentley itu dan penahanannya oleh defendan adalah tidak sah. Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ibni Sultan Ismail Petra telah mengemukakan saman pemula untuk menuntut perisytiharan bahawa sebuah kereta mewah buatan Bentley dengan harga belian S$706,880 (RM1.7 juta) adalah miliknya secara mutlak.Tengku Muhammad Faris Petra bagaimanapun telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula adindanya ini.