Showing posts with label KESELAMATAN. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-221

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-221 kali ini dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Mesyuarat 2 hari ini, berlangsung di Istana Negara.
Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan semua sultan serta Yang Di Pertua Negeri turut menghadiri kecuali Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, Terengganu diwakili Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Pahang diwakili Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Mesyuarat kali ini juga menyentuh perkara berkaitan agama, pertahanan, perlantikan dan ekonomi semasa negara.

Wednesday, May 19, 2010

MINTA POLIS UTAMAKAN KES TEMBAK

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra minta polis meletakkan keutamaan kepada kes seorang pengawal Istana Kelantan, allahyarham Ramli Mohamad yang telah meninggal dunia akibat ditembak oleh individu yang tidak dikenali itu.
Baginda juga berharap pihak polis menemui petunjuk bagi menyelesaikan segera kes pembunuhan tersebut.
Pemangku Sultan Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.
Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar yang bertungkus lumus memberikan rawatan serta perhatian terbaik buat allahyarham.
Berikutan dari kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Ismail Petra dipertingkatkan.