Elia Suhana gagal dalam cubaan kali kedua untuk bertemu Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra di Istana Mahkota selepas dihalang oleh beberapa pengawal meskipun membawa bersama surat perintah mahkamah. Setibanya rombongan tersebut di pintu hadapan Istana Mahkota pintu tertutup rapat.
Showing posts with label PENGAWAL. Show all posts
Showing posts with label PENGAWAL. Show all posts
Monday, May 24, 2010
GAGAL BERTEMU SULTAN
Walaupun Cik Puan Elia Suhana telah mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah untuk melawat suaminya, isteri kedua Sultan Kelantan berkenaan masih tidak bepeluang menemui baginda Sultan.
Posted by diraja22 at 1:57 AM 0 comments
Labels: BERTEMU, DIHALANG, GAGAL, ISTANA MAHKOTA, KEDUA, KOTA BHARU, MAHKAMAH, PENGAWAL, PERINTAH, PINTU ISTANA, ROMBONGAN, SULTAN KELANTAN, SURAT, TENGKU ISMAIL PETRA
Wednesday, May 19, 2010
MINTA POLIS UTAMAKAN KES TEMBAK
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra minta polis meletakkan keutamaan kepada kes seorang pengawal Istana Kelantan, allahyarham Ramli Mohamad yang telah meninggal dunia akibat ditembak oleh individu yang tidak dikenali itu.
Baginda juga berharap pihak polis menemui petunjuk bagi menyelesaikan segera kes pembunuhan tersebut.
Pemangku Sultan Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.
Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar yang bertungkus lumus memberikan rawatan serta perhatian terbaik buat allahyarham.
Berikutan dari kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Ismail Petra dipertingkatkan.
Posted by diraja22 at 2:15 AM 0 comments
Labels: ALLAHYARHAM, BERDUKACITA, DOKTOR, HRPZ, ISTANA, KESELAMATAN, PEMANGKU RAJA KELANTAN, PEMBUNUHAN, PENGAWAL, SULTAN ISMAIL PETRA, SULTAN KELANTAN, TAKZIAH, TENGKU FARIS
Subscribe to:
Posts (Atom)
