Showing posts with label SURAT. Show all posts
Showing posts with label SURAT. Show all posts

Monday, May 24, 2010

GAGAL BERTEMU SULTAN

Walaupun Cik Puan Elia Suhana telah mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah untuk melawat suaminya, isteri kedua Sultan Kelantan berkenaan masih tidak bepeluang menemui baginda Sultan.
Elia Suhana gagal dalam cubaan kali kedua untuk bertemu Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra di Istana Mahkota selepas dihalang oleh beberapa pengawal meskipun membawa bersama surat perintah mahkamah. Setibanya rombongan tersebut di pintu hadapan Istana Mahkota pintu tertutup rapat.

Wednesday, April 14, 2010

AGONG SERAH SURAT PERLANTIKAN


Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada 4 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 9 orang Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara.
4 orang Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Abdul Wahab Patail, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamed Apandi Ali, dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Datuk Mariana Yahya, Dr Badariah Sahamid, Azman Abdullah, Mohd Yazid Mustafa, Zainal Azman Ab. Aziz, Yew Jen Kie, Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Zamani A.Rahim dan Vernon Ong Lam Kiat.
Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim.
Turut hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.