Tuesday, August 31, 2010

GANTUNG GELARAN

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin menggantung gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada Tun Dr Ling Liong Sik dan "Datin Paduka" kepada O.C Phang.
Baginda Sultan berkenan membuat keputusan selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor.
Tindakan ini diambil setelah kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Monday, August 30, 2010

PEMANGKU RAJA TERENGGANU

Sultan Terengganu, Sultan Mizan berkenan memashyurkan anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja Terengganu.
Dengan penmashyuran Tengku Muhammad Ismail ini. baginda boleh menjalankan tanggungjawabnya sendiri sepanjang ayahanda baginda Sultan Mizan Zainal Abidin menjalankan tugas selaku Yang Di Pertuan Agong.
Setelah pemashyuran ini juga Majlis Penasihat Pemangku Raja dibubarkan.
Istiadat pemashyuran berlangsung di Istana Maziah, turut disaksikan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Thursday, August 26, 2010

TMJ TIADA AKAUN FB

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook miliknya sendiri.
Antara yang memiliki laman rangkaian sosial individu keluarga Diraja Johor adalah adinda baginda iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Abdul Jalil Iskandar.
Mana-mana laman Facebook yang mendakwa pengendalinya merupakan pengendalinya merupakan putera atau puteri kepada Sultan Johor adalah tidak benar.

Wednesday, August 25, 2010

'TMJ PALSU' DI FB

Di rangkaian sosial Facebook yang popular di setiap lapisan masyarakat seluruh dunia, ada lagi penyamaran indentiti dikesan sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim.
Dengan tercetusnya insiden ini, akan menimbulkan rasa kurang senang lagi keluarga diraja Johor selepas insiden gambar baginda Sultan Ibrahim dikaitkan dengan kain rentang sebuah parti politik baru-baru ini.
Individu terbabit yang dikenali sebagai Micky dikatakan mengendalikan 2 akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ) serta laman ini memuat naik gambar-gambar dan aktiviti-aktiviti Tunku Ismail.
Suspek juga dikatakan melayan komen-komen peminat semasa laman ini aktif.

Tuesday, August 24, 2010

ANAK YATIM DIRAI

Tengku Fakhry Petra menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis Pengurniaan Zakat dan Berbuka Puasa Yayasan Tengku Temenggong.

Sunday, August 22, 2010

AZRINAZ DAPAT INJUNKSI

Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz berjaya mendapat injunksi untuk menghentikan pengedaran buku yang paling laris The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk mengenai pembunuhan seorang pemaju yang juga penipu dan pemeras ugut.
Buku ini juga menceritakan mengenai senaskah Al-Quran mini bersaiz kotak mancis bertatahkan permata yang cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta sebagai hadiah perkahwinan kepada Azrinaz dan pertemuan rahsia dengan pegawai Brunei di Singapura.
Apapila urusniaga terbabit gagal, McGurk mengheret Sultan Brunei ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney memerintahkan perjanjian tersebut di luar bidang kuasa mahkamah.
Antara pembeli berpotensi pertama Al-Quran tersebut pada 2004 ialah Perdana Menteri Labenon, Rafik Hariri.

Wednesday, August 18, 2010

SUMBANGAN AIDILFITRI

Anak yatim dan saudara baru di sekitar daerah Petaling Jaya menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak Rm300 seorang dari syarikat Gapurna Sdn Bhd. (Garpurna) yang disampaikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Majlis yang diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra ini bersemperna Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan yang terbabit. Majlis ini juga merupakan program tahunan syarikat bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bagi meneruskan kehidupan.
Turut berangkat hadir di majlis ini Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Menteri Basar Selangor, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Gapurna.

BERBUKA BERSAMA WARGA UITM

Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan berkenan berangkat menghadiri Majlis berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan, kakitangan UiTM dan pelajar universiti di Dewan Seri Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Baginda juga menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama pelajar sebaik sahaja selesai berbuka puasa.

Tuesday, August 17, 2010

PENGHIDAP PENYAKIT KRONIK

Di dalam kemeriahan bulan Ramadan Al Mubarak ini sedang semua umat Islam menunaikan ibadah puasa memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ke 3 ada pihak yang memerlukan, tidak harus dipinggirkan dari arus pembangunan perdana.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra meluangkan masa berjumpa rakyat jelata di Kampung Peropok, Bachok menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Turut menemani baginda Ahli Parlimen Bachok menunaikan solat asar di Masjid Mukim Peropok bersama jemaah lain.
Baginda juga menyampaikan pelbagai jenis bantuan antaranya wang zakat kepada fakir miskin, warga emas dan penjaga yang anak mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi. Baginda juga meluangkan masa melawat 2 orang penghidap penyakit kronik yang salah seorangnya menghidap masalah saraf dari kecil.

Monday, August 9, 2010

MURKA DIKAITKAN POLITIK

Sultan Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik.
Ini berikutan satu kes di Batu Pahat ada pihak cuba mengaitkan baginda dengan parti politik dengan memaparkan gambar baginda di poster.
Baginda bertitah supaya rakyat di negeri Johor tidak terpengaruh dengan pihak yang boleh merosakkan perpaduan negeri ini. Pihak polis juga sedang menyiasat perkara berkenaan.
Baginda berkenan hadir di majlis penutupan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 Fasa 2 di Majlis Daerah Kota Tinggi.

Thursday, August 5, 2010

RASMI JAJAHAN BARU

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris Petra berkenan berangkat merasmikan majlis pelancaran Jajahan Lojing. Jajahan ini juga merangkumi 3 daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar yang bersempadanan dengan Cameron Highlands.
Baginda juga berkenan meletakkan batu asas bagi pembinaan Masjid Keputeraan Lojing di kampung Penangau. Masjid ini juga merupakan masjid yang pertama di bina di kawasan ini.
Baginda turut diiringi Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra, barisan kepimpinan negeri dan Mufti Kelantan.

Wednesday, August 4, 2010

BUANG BAYI

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Konvensyen Ke-42 Universiti Sains Malaysia (USM).
Baginda bertitah supaya golongan mahasiswa harus memikirkan mengenai kesan dan akibat dari perlakuan mereka jika terlibat dengan gejala sosial negatif terutamanya masalah pembuangan bayi kerana golongan ini adalah antara pemikir di masa hadapan.

Monday, August 2, 2010

MAKLUM PENERIMA BERET

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan menghadiri majlis ulang tahun Grup Gerak Khas (GGK) ke-45 dan penyampaian sijil World Academy Records serta Malaysia Book of Records kepada 12 pegawai bersama juga anggota yang terbabit Commando Le Tour 1 Malaysia Sealegs 2009 di Padang Kawad Kem Iskandar, Mersing.
Baginda juga menyampaikan anugerah Beret Hijau Kehormat kepada anakanda baginda Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail yang menerima tabik hormat daripada anggota GGK serta pegawai diketuai oleh Leftenan Kolonel GGK.