Thursday, January 28, 2010

TENGKU FAKHRY GAGAL CABAR KEPUTUSAN


Tengku Fakhry Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mencabar keputusan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar atau diadli di mahkamah.

Wednesday, January 27, 2010

JAMBATAN SUNGAI LEMBING DALAM RMK-10


Sultan Pahang, Sultan Ahamad Shah berkenan mencemar duli bagi melawat jambatan kayu Kuala Kenau untuk dicadangkan bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) suapaya digantikan dengan jambatan konkrit.
Selain itu juga, baginda mencadangkan dua jambatan lagi iaitu di Kampung Kawah dan Kampung Jeram Takar juga di bawah program yang sama.
Ini berikutan jambatan berkenaan telah runtuh sebanyak dua kali iaitu pada 2005 dan 2008, selain digunakan oleh kenderaan berat serta hakisan banjir.
Dengan adanya kemudahan baru ini nanti, ketiga-tiga kampung dapatlah menjana ekonomi setempat secara lebih baik serta tidaklah lagi menghadapi masalah terputus hubungan.

HATI TERBUKA MENEMUI KARTIKA


Baginda dengan hati terbuka sudi menerima menemui Kartika untuk menyelesaikan masalah hukuman sebat yang tertangguh sekian lama. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan untuk menentukan tarikh perlaksanaan hukuman tersebut akan diumumkan dalam tempoh sebulan.
"Baginda berharap isu ini dapat diselesaikan dengan penuh keinsafan serta bijaksana kerana mungkin ada hikmah di sebalik kelewatan perlaksanaan hukuman ini."
"Sehingga kini pihak baginda tidak menerima sebarang panggilan telefon atau surat rasmi dari pihak Kartika bagi menyelesaikan isu tersebut."

JANGAN CABAR MAJLIS RAJA-RAJA

Umat islam seluruhnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Ini juga telah mencabar Majlis Raja-Raja yang merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Tuesday, January 26, 2010

DK BUKAN DARUL KHUSUS SAJA


Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 21 Januari 2010 berkenan menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Selangor Yang Dihormati (DK) Selangor.
Darjah tersebut dianugerahkan kepada baginda oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah.
Sebelum ini, Tuanku Mukhriz pernah dianugerahkan darjah kebesaran tertinggi Negeri Sembilan, Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (DK) Negeri Sembilan, (DK) Perak dan (DK) Perlis.
Tuanku Mukhriz 62, dimasyhurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

HINA RAJA MELAYU


Hukuman berat menanti blogger adukataruna.blogspot.com (SKMM) Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di minta segera mengambil tindakan, demi menjaga sensitiviti rakyat Johor serta kerabat Diraja Johor yang masih berduka dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pemiliknya Khairulnizam Abdul Ghani mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM5,000.00 dengan seorang penjamin.
Tulisan berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangnya 25 laporan polis di buat terhadap penulis blog ini.
Al-Fatihah.
Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Almarhum Sultan Iskandar Dan Dihimpumpunkan Bersama Insan-Insan Yang Soleh.

IKON WANITA ISLAM SOLEHAH

Islam syumul yang dipayungi "Ikon Wanita Solehah" ini adalah pegangan yang tiada tolok bandingnya. Kesejahteraan 1Malaysia berpayung dengan cahaya keimanan yang terpancar dari raut wajah suci setiap ikon ini iatu YAM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, YAM Tengku Permaisuri Siti Aishah serta YAM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

PEMANGKU RAJA KELANTAN JADI IMAM SOLAT HAJAT BUAT AYAHANDANYA SULTAN KELANTAN.


Doa rakyat 1Malaysia jadi kekuatan buat Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra untuk sembuh. Berkat sokongan serta belaian Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menjadi dokongan kuat buat baginda Sultan. Turut membantu rakyat Kelantan untuk maju dan sejahtera, Tengku Muhammad Faris tidak ketinggalan menyumbang jasanya di bumi Serambi Mekah ini sebagai Pemangku Raja Kelantan.
Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sudi membuat kunjungan buat baginda Sultan Kelantan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak lekang dari mulutnya untuk mendoakan baginda Sultan agar segera sembuh dan membolehkan baginda memerintah Kelantan seperti sebelumnya.

SULTAN BERJIWA RAKYAT


Semangat keluarga dan persaudaraan jadi pegangan serta penghormatan bagi baginda Sultan Ahmad Shah. Atas dasar bekernaan 3 perlawanan bola sepak Liga Super telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak, berikutan kemangkatan Sultan Johor , Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
2 perlawanan terbabit melibatkan perlawanan Johor menentang T-Team yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Johor Baharu, dan Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur di Kuantan.
Kedua-dua perlawanan terbabit sepatutnya berlangsung pada 23 Januari 2010.
1 lagi perlawanan melibatkan Johor FC menentang KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang yang dijadualkan pada 26 Januari 2010. Johor berkabung selama 7 hari manakala Pahang selama 3 hari.
Penangguhan ketiga-tiga perlawanan itu disahkan oleh Setiusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.
Tarikh baru perlawanan-perlawanan itu akan ditentukan kemudian. Dasar inilah yang harus di ikuti oleh semua pemimpin-peminpin sesebuah institusi di dalam negara. Contohi teladan Sultan Pahang yang berjiwa rakyat serta ingin memajukan mutu sukan Negara demi kebaikan semua serta semangat 1Malaysia.

TMJ BERJIWA RAKYAT

Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar pada 28 Januari 2010.
Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta Johor dan turut melafazkan taat setia untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda bagianda Sultan Ibrahim dan juga bonda baginda, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris serta rakyat Johor amnya.
Jiwa cucunda Sultan Iskandar memang terserlah jiwa rakyatnya. Baginda terlalu layak untuk menjadi model remaja zaman moden ini. Asuhan bonda tersayang Sultanah Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan ayahandanya Sultan Ibrahim Ismail dijadikan pegangan hidup untuk masa hadapan. Baginda terlalu sayangkan Sultan Iskandar hingga sanggup membasahi tubuhnya dengan peluh remaja baginda. Dari mula pengkebumian Sultan Iskandar hingga selesai, baginda meletakkan tanah ke liang lahad Sultan Iskandar hingga penuh. Bukan semua remaja terdidik sedemikian rupa.
Mudah-mudahan pedoman duniawi serta ukhrawinya sentiasa di penuhi hingga ke akhir hayat. Sifat penyayang, tegas, berani, mesra menjadi mainan anakanda kepada Sultan Johor ini. Rakyat Johor khasnya, patut berasa bangga memiliki TMJ yang berhati murni sebegini. Rakyat Malaysia haruslah jadikan "Ikon Remaja" sifat baginda ini amnya, barulah semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan pemimpin negara terlaksana.
Baginga diputerakan pada 30 jun 1984 di Johor Bahru. Tunku Ismail adalah putera sulung daripada 6 adik beradik.
Baginda dilantik Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Rakyat Johor juga berharap agar baginda dapat meneruskan usaha ayahanda baginda mendekati rakyat dengan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) untuk merapatkan hubungan rakyat jelata dengan kerabat diraja.

PEMANGKU AGONG KETIKA SULTAN MIZAN KE JERMAN



Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-30.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

  1. Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menjalankan tugas Yang Di Pertuan Agong selama sebulan selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Jerman.

Monday, January 25, 2010

MERAFAK TAKZIAH KE ATAS KEMANGKATAN SULTAN JOHOR


Patik merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar pada pukul 7.15 malam 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.


Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Al-fatihah

Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Almarhum Sultan Iskandar Dan Dihimpunkan Bersama Insan-Insan Yang Soleh.

SULTAN MIZAN AGONG YANG KE 13


Sultan Mizan cedera di lutut dan terpaksa menggunakan tongkat semasa Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor pada 23 Januari 2010.Pada 24 Januari 2010, baginda pergi ke Munich, Jerman bagi menjalani rawatan fisioterapi di Medical Park, St Hubertus, Bad Wiessee. Rawatan pakar diketuai Prof Andreas B.Imhoff. Pegawai pengiring baginda ialah pakar perubatan Hospital Putrajaya, pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan.

Pada 30 November 2009, Sultan Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich, Jerman.[1]

Keberangkatan Seri Paduka ke Munich turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta anakanda baginda.