Wednesday, July 28, 2010

ELAK PERSELISIHAN

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Baginda juga meyeru kepada seluruh umat islam supaya bersatu padu dan mengelakkan perselisihan. Tema kali ini adalah Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah amat bertepatan dengan peringatan dari baginda.
Masalah perpecahan, peperangan, kemiskinan dan kekurangan ilmu masih menjadi teras yang membantutkan pembinaan semula kegemilangan tamadun islam di seluruh dunia. Baginda juga berharap agar masyarakat bukan islam diberi kefahaman bahawa islam adalah agama progresif yang mencintai keamanan dan mengutamakan kemajuan.

Monday, July 26, 2010

KONVOKESYEN UMT

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan merasmikan majlis Konvokesyen Ke 8 Universiti Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu. Baginda selaku Canselor UMT bertitah, siswazah haruslah bersikap holistik dan seimbang untuk membawa kecemerlangan demi negara.
Baginda juga berkenan mengurniakan Anugerah Pelajaran Diraja Bumiputra kepada graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Jabatan Teknologi Maritim) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNGK) 3.88 dan bagi ketegori bukan Bumiputra kepada graduan Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) yang memperoleh PGNGK 3.94.

PERNAH MENGHADAP SULTAN

Kekanda Sultan Kelantan, Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra mengesahkan Pengelola Istana Diraja Kelantan pernah menghadap Sultan Ismail Petra semasa di Hoapital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan juga di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Beliau telah melawat beberapa kali ketika baginda Sultan dirawat di kedua-dua hospital.
Tengku Rozan juga mengharapkan Tengku Merjan tidak mencampuri urusan pentadbiran pejabat sultan serta perkara ini tidak dibincangkan di dalam akhbar. Baginda berpendapat, urusan keluarga juga tidak patut dicampur dengan urusan pejabat.

Sunday, July 25, 2010

LAFAZ CERAI DITOLAK

Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Nik Rohana meminda tuntutan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia. Tuntutan ini ditoloak kerana prosiding pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan telah berjalan.
Hakim Syarie juga menetapkan pada 8 Ogos 2010 untuk meneruskan perbicaraan ini.
Cik Puan Elia Suhana dan Nik Rohana juga hadir pada prosiding kali ini ke mahkamah serta perbicaraan dijalankan secara tertutup seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Wednesday, July 21, 2010

PULANG DARI RAWATAN

Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra selamat pulang setelah 6 hari dari menjalani rawatan angioplasty dan angiogram di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Baginda selamat menjalani rawatan pada 17 Julai 2010.
Ketibaan sultan dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disambut oleh pembesar-pembesar istana.

Saturday, July 17, 2010

PELIHARA ADAT PERPATIH

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2010 di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Baginda bertitah, supaya kita memelihara Adat Perpatih yang telah diwarisi dari golongan terdahulu kerana di dalamnya terkandung nilai murni yang boleh diteladani mengikut peredaran semasa. Baginda juga meluahkan rasa bangga dengan usaha berterusan kerajaan negeri mempromosikan program tahunan ini kepada umum bagi memberi peluang generasi baru menghayati Adat Perpatih sebagai khazamah yang sangat bernilai dan sentiasa kekal hingga sepanjang zaman.

Friday, July 16, 2010

AWASI LAYARI INTERNET

Naluri keibuan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofea terserlah apabila melahirkan keprihatinan baginda terhadap isu yang membabitkan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara, gemar merujuk blog bagi mendapatkan maklumat berhubung sesuatu perkara tanpa pengawasan dan tapisan. Baginda juga gusar terhadap golongan ini agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif.
Baginda dan juga Sultan Ibrahim sentiasa menasihati anakanda mengenai batas dalam melayari internet dan perlu dicontohi oleh penjaga lain. Baginda berminat dalam penulisan blog tapi ruang waktu tidak mengizinkan.
Raja Zarith Sofea berkenan menghadiri seminar Kesan Globalisasi Kepada Masyarakat Muslim Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) dan baginda turut menyampaikan ucaptama bertajuk Globalisasi, Membina Hubungan Antara Islam Dan Barat. Baginda turut menegaskan pentingnya masyarakat umum menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantara utama dan terbitan sumber ilmu termasuk agama, sains serta teknologi agar tidak menjadi halangan untuk menambahkan ilmu.

MASJID USAMAH BIN ZAID

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan berkenan merasmikan Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Baginda juga diiringi anakanda ketiga baginda , Tengku Muhammad Mua'az serta menunaikan solat Jumaat di situ.
Masjid yang bernilai 36 juta ini juga boleh menampung kira-kira 8,000 jemaah.
Turut hadir menunaikan solat Jumaat juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Imam Besar Masjid Negara, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Ahli Parlimen Setiawangsa.

Thursday, July 15, 2010

KE SINGAPURA SEMULA

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berlepas ke Singapura semula bagi mendapatkan rawatan susulan.
Baginda menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis serta Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Petra.
Turut berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menghantar baginda ialah Menteri Besar Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri serta ahli Exco kerajaan negeri.

Tuesday, July 13, 2010

DARJAH KERABAT LAILA UTAMA

Sultan Brunei, Sultan Hasannal Bolkiah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) semperna ulang tahun keputeraan baginda Sultan ke 64 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anugerah ini membawa gelaran Dato Laila Utama.
Istiadat penganugerahan berlangsung di Istana Nurul Iman, Brunei disaksikan permaisuri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan juga dihadiri oleh Datin Seri Rosmah Mansur serta Menteri Dalam Negeri.

Sunday, July 11, 2010

PUDING RAJA ISTIMEWA

Semperna Festival Diraja Pahang 2010, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah mencemar duli bagi membuat demonstrasi masakan istimewa iaitu puding raja di hadapan pelancong yang hadir di Rumah Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur. Baginda juga merupakan Penaung Malaysia Chef Association.
Puding raja ini adalah merupakan makanan tradisi daerah Pekan. Antara bahan yang digunakan untuk membuat resepi istimewa ini ialah buah prun, gajus, urat emas, pisang dan minyak sapi. Hidangan ini juga disajikan buat pelancong yang hadir untuk dinikmati kelazatannya.

Thursday, July 8, 2010

TMJ DIMASYHUR PRO CANSELOR

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pro Canselor Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) oleh ayahanda baginda Sultan Johor di majlis konvokesyen ke-9 kali ini.
Sultan Ibrahim melahirkan keyakinan perlantikan ini akan membolehkan anakanda baginda mempelajari cara urus tadbir pengurusan dan pentadbiran universiti.
Tunku Ismail pernah mengetuai unit 61 Cavalry Regiment di Jaipur, dalam perarakan semperna Hari Kemedekaan India pada tahun 2007.

IJAZAH KEHORMAT UTHM

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal pada Konvokesyen Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar selaku Canselor UTHM berkenan menyampaikan ijazah itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan UTHM di atas sumbangan beliau dalam pembangunan negara dan perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional.
Turut hadir di majlis konvokesyen ini Tun Jeanne Abdullah serta Menteri Pengajian Tinggi. Seramai 242 graduan menerima ijazah masing-masing.