Friday, April 30, 2010

HORMATI TITAH SULTAN

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda tidak menghalang rakyat negeri lain berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan bermastautin. "Tetapi, mereka hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang negeri. Mereka datang tidak seharusnya mempertikaikan segala perauturan dan undang-undang negeri yang telah dibuat.
Peraturan dan undang-undang ini diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat yang berada di Selangor, titah baginda ketika merasmikan pertukaran nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin.
Baginda juga berharap, masjid dan surau dijadikan tempat untuk umat islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama islam.

Wednesday, April 28, 2010

KINI GILIRAN JAGUH LUMBA BASIKAL


Kemenangan dan kejayaan merangkul pingat perak Kejohanan Trek Dunia melayakan jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang 22, dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2009. Gelaran The Pocketrocketman muncul pelumba Malaysia pertama memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Pruszkow, Poland menjadi kekuatan untuk membawa pulang anugerah buat kali pertama. Selaku pelumba basikal dunia juga, Azizul adalah seorang penuntut University Deakin, Australia ini turut menjuarai pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia.
Datuk Nicol David masih mengungguli gelaran Olahragawati Kebangsaan dengan acara kegemarannya iaitu skuasy. Ini pencapaian kali kelima berturut-turut buatnya sejak pada 2005.
Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah tersebut. Turut mencemar duli ke majlis Anugerah Sukan Negara ini, ialah Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan dihadiri Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Monday, April 26, 2010

KUALA PERLIS BAKAL JADI BANDAR MARITIM


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengesyorkan dan mencadangkan agar Kuala Perlis dijadikan Bandar Maritim untuk negeri Perlis Indra Kayangan.
Baginda bertitah demikian kerana daerah Kuala Perlis mempunyai lokasi yang amat strategik sebagai bandar perhubungan utama pengangkutan laut antara Pulau Langkawi, Semenanjung Malaysia, Wilayah Satun di Thailand serta dijadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa yang menghubungkan lokasi lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Acheh, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Terminal feri Kuala Perlis juga merupakan pintu masuk utama ke Malaysia dari Pulau Langkawi dan Wilayah Satun di Thailand melalui jalan laut.
Kerajaan negeri Perlis juga, telah mengemukakan cadangan membina jeti perikanan baru di Kuala Perlis iaitu yang terbesar di Malaysia bagi melayakkan daerah ini diangkat sebagai bandar maritim. Ini juga akan menyumbang dalam memajukan industri perlancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis khususnya.
Turut hadir dalam majlis perasmian Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bersama Rakyat Perlis ini ialah Raja Muda Puan Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Friday, April 23, 2010

KEDAH DAPAT HABUAN


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat pada majlis penyerahan bas milik skuad Kenari yang bernilai RM 400,000.00 di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Skuad itu juga menerima insentif sebanyak RM 100,00.00 dari kerajaan negeri. Insentif ini juga sebagai menghargai sumbangan para pemain serta pegawai skuad Hijau Kuning yang menjadi naib juara Piala FA baru-baru ini.
Dengan adanya bas sendiri ini, bagi memudahkan perjalanan skuad Kenari mengharungi Liga Malaysia (liga M).
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap para pemain dapat menggalas cabaran Liga M dengan penuh semangat di bawah bimbingan Ahmad Yusof dan membuktikan kejayaan sebagai hadiah kepada Sultan Abdul Halim yang merupakan peminat No 1 bola sepak skuad Kedah.

Thursday, April 22, 2010

LARANGAN GUNA MASJID TEMPAT POLITIK


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik bertanding yang menggunakan masjid untuk tujuan berkempen.
Baginda menitahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, agar mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak mengendahkan larangan berkenaan.

HORMATI KUASA MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa-kuasa mutlak dalam urusan agama Islam dan adat Melayu di semua negeri dan sempadan pembahagian kuasa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.
"Kuasa mutlak Paduka Seri Sultan dalam urusan agama Islam dan adat Melayu dalam sesebuah negeri hendaklah terus dipertahankan," titah baginda.
Oleh yang demikian, titah baginda, pandangan dan pendirian Raja-Raja Melayu perlu terlebih dahulu dirujuk dalam apa juga perkara berkaitan agama Islam dan adat Melayu sebelum sesuatu fatwa, dasar, arahan pentadbiran atau penubuhan sebarang institusi diputuskan atau diumumkan.
"Janganlah pandangan Raja-Raja Melayu itu hanya dirujuk dan dipohonkan restu sokongan apapila masalah dan polemik telah terjadi," titah baginda.
Baginda berkenan hadir ke majlis perasmian persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Ipoh, Perak.
"Jika prinsip asas ini mula diketepikan, adalah dibimbangkan ia berpotensi menjadi pencetus kepada salah faham, kekeliruan dan pergeseran di antara pelbagai pihak yang bertanggungjawab," titah baginda.
Dalam pada itu, Raja Dr Nazrin turut menegaskan bahawa salah satu tugas utama Majlis bagi membantu tanggungjawab Sultan Perak dalam hal ehwal adat Melayu dan agama Islam yang dihayati di peringkat pengetahuan dan diterapkan secara berkesan diperingkat perlaksanaan berperanan penting untuk mencerminkan budaya urus tadbir, budaya kerja dan urusan pemerintahan yang adil, saksama, telus lagi cekap.

Tuesday, April 20, 2010

RM 10.08 JUTA ELAUN GURU KAFA, IMAM, DAN TAKMIR


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima peruntukan RM 10.08 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai elaun guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, guru takmir dan elaun sara hidup (COLA) pembantu takmir di seluruh negeri Selangor.
Majlis khas ini berlangsung di Istana Kayangan, Shah Alam.
Peruntukan ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membuat pembayaran tersebut.

JANGAN HINA DEWAN

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemar Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan dan menjejaskan martabat Dewan.
Titah baginda, wakil rakyat yang di pilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat'.
Sultan Perak, bertitah demikian pada istiadat mengadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri semperna sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di Kuala Kangsar.
Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa, seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri".
Sultan Azlan Shah juga, mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.

Monday, April 19, 2010

HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK

DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDIN SHAH
GHAFARULLAHU-LAH
D.K, D.K.M, D.M.N, D.K.A
SULTAN YANG DI PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK RIDZUAN DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
SEMPERNA
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE - 82
"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAHAN BERJIWA RAKYAT
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"

Sembah Takzim Daripada

Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

KECEWA TAK JADI DOKTOR


Kekecewaan kerana cita-cita untuk menjadi doktor tidak kesampaian apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland menjadi punca perkara yang mendorong pelajar cemerlang bekenaan menyamar sebagai "Tuan Muda Pahang". Remaja berkenaan tidak memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland kerana hanya mendapat 9A 1B dalam SPM.
Remaja berkenaan juga pernah menghantar surat kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah membuat pendedahan berkenaan apabila dimaklumkan oleh seorang guru yang pernah mengajar remaja itu akibat tidak memperoleh 10A. Baginda bertitah demikian ketika di temui selepas mangadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Sunday, April 18, 2010

PERTAHAN KEAMANAN DEMI GENERASI AKAN DATANG


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat mempertahankan keamanan negara untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Baginda juga adalah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Malaysia. Turut berangkat hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya melihat pertahanan negara hanya di pikul oleh pasukan keselamatan sahaja sedangkan generasi baru juga mempunyai tanggungjawab yang sama memastikan keadaan yang stabil serta makmur untuk di warisi di masa akan datang. Baginda juga berharap, rakyat mengambil peluang menyertai pasukan sukarela seperti Askar Wataniah untuk sama-sama mempertahan kedaulatan negara kerana sejarah telah membuktikannya.
Tengku Faizuddin juga berkenan menyematkan pemakaian pangkat Mejar Kehormat kepada Pengarah Biro Tata Negara Perlis, Jazli Fadzil sebagai anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di majlis penutupan kursus asas perajurit muda sukarela di Padang Besar, Perlis.

Thursday, April 15, 2010

TENGKU MAHKOTA AMPUNKAN TAPI BERSYARAT


Istana Pahang bersedia tarik balik laporan polis terhadap seorang remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang serta menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan juga mendakwa bahawa dirinya adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda sendiri telah melihat laporan yang dibuat dan mengambil kira kenyataan remaja terbabit terhadap pihak berkuasa.
Baginda juga menyatakan tidak akan membuat tindakan susulan kalau remaja berkenaan memohon maaf dari baginda dan keluarganya serta buat akujanji dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak polis.
Baginda bertitah selepas melawat Zarina Wahab, wanita yang menjadi mangsa simbahan asid, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Titah Tengku Abdullah jika remaja berkenaan bersetuju memenuhi syarat berkenaan, kes itu akan ditarik balik. Namun sekiranya perkara itu berulang, laporan kes terbabit akan dibuka semula. Memandangkan perbuatan remaja itu boleh mencemarkan nama baik Istana Pahang selain turut menjejaskan kredibiliti pihak yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, remaja berkenaan telah pun menghantar surat memohon maaf serta akujanji kepada pihak Istana Pahang untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Surat itu dihantar oleh remaja berkenaan sendiri melalui Setiausaha Sulit Istana Pahang.
Remaja berkenaan juga telah melalui sesi kaunseling bersama Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka).

AGONG SERAH WATIKAH


Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Istana Negara.
Pelantikan mereka adalah bagi sesi 1 Jan 2010 hingga 31 Dis 2011.
Seri Paduka menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria dan timbalan Yang Dipertua pula, Mohd Salleh Man.
Turut di lantik, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus, Mufti Negeri, Datuk Hassan Ahmad dan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob.
Turut menerima watikah daripada Sultan Mizan ialah Abdul Aziz Che Yaacob, Abdul Malik Abul Kassim, MD. Hashim Yahaya, Dr Danial Zainal Abidin, Maktar Shapee, Rosidi Hussain, Zainuddin Hanif dan Norhayati Jaafar.
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Setiausaha MAINPP, Sazali Hussein turut hadir menyaksikan majlis ini.

KEKANDA BUAT LAPORAN POLIS


Krisis Istana Kelantan berlarutan apabila kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra membuat laporan polis mengenai tersebarnya cakera padat (CD) yang didakwa mengandungi cubaan merampas kuasa dan menjejaskan kredibiliti institusi raja Kelantan.

Laporan polis ini dibuat, agar siasatan dijalankan terhadap Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Shukri Mohamad kerana didakwa membuat perancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan. Laporan berkenaan di buat di Balai Polis Ampang Jaya.

CD terbabit merupakan rakaman daripada perjumpaan tertutup anjuran Halim dan Shukri bersama wartawan begi membincangkan mengenai isu Kesultanan Kelantan di Hotel Sutera Inn di Kota Bahru, Kelantan. CD yang tersebar di Kelantan ini juga, dikhuatiri boleh memberi imej negatif kepada Tuanku Ismail Petra dan boleh mengelirukan rakyat terhadap situasi istana Kelantan.

Tengku Merjan merupakan anak sulung daripada empat beradik, manakala Sultan Ismail Petra merupakan anak lelaki bongsu tunggal Almarhum Sultan Yahya Petra.

Ketau Polis Daerah Ampang Jaya mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menyerahkan kes berkenaan kepada polis Kelantan berikutan isu tersebut berlaku di sana.

Wednesday, April 14, 2010

AGONG SERAH SURAT PERLANTIKAN


Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada 4 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 9 orang Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara.
4 orang Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Abdul Wahab Patail, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamed Apandi Ali, dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Datuk Mariana Yahya, Dr Badariah Sahamid, Azman Abdullah, Mohd Yazid Mustafa, Zainal Azman Ab. Aziz, Yew Jen Kie, Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Zamani A.Rahim dan Vernon Ong Lam Kiat.
Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim.
Turut hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tuesday, April 13, 2010

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PELUMBA BASIKAL


Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Perta Sultan Ismail Petra sudi menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Yayasan Tengku Temenggong pada Che Minah binti Majid selaku ibu kepada pelumba basikal wanita kebangsaan iaitu Norfarahdini binti Zakaria yang meninggal dunia akibat terjatuh ketika menjalani latihan bersama skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, Ipoh.
Norfarahdini meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sumbangan disampaikan oleh Tengku Fakhry di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan.

Monday, April 12, 2010

JANGAN ASYIK BERPOLITIK

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor agar berpegang pada asas perjuangan untuk membela kepentingan rakyat, bukan asyik berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.
Baginda bertitah, ahli politik juga perlu menjaga keperibadian dan mempamerkan tatasusila yang mulia selain memanfaatkan persidangan (DUN) untuk membincangkan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor khususnya. Baginda juga berharap, keharmonian majmuk dalam bermasyarakat di Selangor menjadi model nasional. Selain itu jaga baginda melahirkan harapan supaya Kerajaan Persekutuan berkekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyalurkan dana pembagunan untuk rakyat.

TENGKU PUAN PAHANG KECEWA PIHAK KESELAMATAN TAK PRIHATIN


Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Sultan Iskandar kecewa dengan kecuaian pihak keselamatan sehinggakan seorang remaja boleh menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang untuk memperdaya Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Exco Kerajaan Pahang. Kejadian itu tidak akan berlaku jika pihak berkenaan bersikap lebih peka dan prihatin. Kecuaian tidak membuat pengesahan dari pihak Istana Pahang bagi memastikan kesahihan dakwaan remaja yang mengelarkan diri Tuan Muda itu menyebabkannya berjaya 'menceroboh' ke kawasan yang tidak sepatutnya, malah di beri layanan istimewa bagaikan VVIP. "Pihak Istana membuat laporan polis bagi mengelakkan remaja itu memperdaya pihak lain pula hingga membabitkan wang," titah baginda.

Friday, April 9, 2010

TENGKU ABDULLAH PRIHATIN NASIB RAKYAT DI LANDA BENCANA


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah ketika melawat mangsa ribut di Kampung Paya Luas dekat Kuala Krau, agar Jawatankuasa Keselamatan Daerah-Daerah melaporkan sebarang bencana yang menimpa rakyat Pahang dengan kadar segera kepada baginda.

Titah baginda, laporan segera ini bagi membolehkan baginda turun padang melawat mangsa serta menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terbabit.

"Kejadian ribut yang melanda di Kampung Paya Luas ini misalnya, baginda hanya mengetahui melalui laporan akhbar," titah baginda.

Wednesday, April 7, 2010

SULTAN KELANTAN SEMAKIN PULIH


Setelah hampir setahun gering, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berkenan bertemu rakyat buat pertama kalinya di Istana Mahkota, Kota Bharu. Baginda menaiki kerusi roda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis meraikan anak yatim serta penyampaian sumbangan zakat dalam majlis tersebut. Baginda sultan yang sentiasa tersenyum juga diiringi oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Petra. Pada hari sebelumnya baginda dibawa bersiar-siar sekitar bandar dengan menaiki kereta Bentley yang dipandu oleh anakanda baginda, Tengku Fakhry.
Baginda kelihatan realistik dengan keadaan kesihatan baginda, boleh mendengar dengan baik dan memahami apa yang belaku di situasi keliling. Mata baginda juga kelihatan berkelip-kelip.
Baginda juga sekali-sekala menggerak-gerakkan mulut apabila mahu bertitah.