Thursday, May 29, 2014

RAJA NAZRIN DIMASYHURKAN SULTAN PERAK KE 35

Raja Dr Nazrin Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 35 yang membawa gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin. Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Paduka Seri Sultan berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan mendapat sepasang cahaya mata Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya Shah.  

Wednesday, May 28, 2014

SULTAN PERAK MANGKAT

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, 86 mangkat pada pukul 1.30 petang tadi di Institut Jantung Negara. Jenazah almarhum baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir dan akan dimakamkan selepas solat Asar esok di Makam Diraja Al-Gufran Kuala Kangsar.
Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari mulai hari ini hingga sepanjang tempoh berkabung bagi negeri.
Almarhum baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Eleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Manakala anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 2012. 
 

Wednesday, May 21, 2014

PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH MANGKAT

Tan Sri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak. Jenazah Almarhum Tunku Anuar akan disembahyangkan dan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Jenazah Almarhum Tunku Bendahara Kedah ini juga akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda Almarhum juga merupakan adinda kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Friday, January 24, 2014

THE BEST MAN W1N

Selepas memenangi bidaan bagi nombor plat WWW1. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi berjaya memenangi tender nombor plat W1N dengan nilai yang paling tinggi setakat ini RM 748,000.00.
Baginda juga telah membida nombor tersebut melalui Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dengan proses yang betul. 
Baginda juga akan meletakkan nombor plat W1N ini pada Proton Suprima S milik baginda yang berwarna biru. 

Tuesday, January 14, 2014

TUNKU ALI REDHAUDDIN TERIMA DARJAH SERI SETIA TUANKU MUHRIZ

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke 66 Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berlansung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

DYMM Yang Di Pertuan Besar berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) kepada anakanda sulungnya Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin yang membawa gelaran Datuk Seri.



HARI KEPUTERAAN 
DULI YANG MAHA MULIA YANG DI PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBLAN DARUL KHUSUS
YANG KE 66

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH


SEMOGA
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
MEMBERKATI PEMERINTAHAN

DULI YANG MAHA MULIA DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

SEMPENA ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

SEMBAH TAKZIM DARIPADA : 
Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

Thursday, July 4, 2013

ISTANA SYARQIYYAH, ISTANA BARU TERENGGANU.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytihar pemasyhuran Istana Syarqiyyah di Bukit Cendering menjadi istana rasmi baginda. Istana Syarqiyyah ini juga bermaksud Permata Timur.
Majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera Sultan dimulakan dengan laungan azan oleh pegawai agama istana.

Wednesday, April 3, 2013

TUNKU ISMAIL LETAK JAWATAN PRESIDEN PBNJ

TMJ, Tunku Ismail meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (PBNJ) setelah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Baginda juga mengambil keputusan untuk menjadi Penaung PBNJ bagi memudahkan mentadbir urus di dalam persatuan ini.
Baginda juga memaklumkan jawatan presiden akan disandang Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Obet Tawil.

Saturday, September 8, 2012

PERJANJIAN LAGUNA MERSING TERBATAL


Sultan Ibrahim bertitah mengumumkan pembatalan projek mega Laguna Mersing, Johor kerana pemaju gagal mematuhi syarat bagi meningkatkan modal berbayar syarikat kepada RM200 juta seperti yang terkandung dalam syarat asas perjanjian yang telah termeterai pada Februari 2012 yang lalu.
 Baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas menegaskan, setiap pembangunan yang telah dirancang haruslah memberi faedah kepada rakyat Johor secara keseluruhannya.

Monday, August 6, 2012

TMJ TUTUP AKAUN TWITTER


Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Idris memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup semua akaun media sosial milik baginda.

Tuesday, July 31, 2012

WWW 1 ACCIDENT


Sultan Johor, Sultan Ibrahim pemilik nombor pendaftaran WWW 1 dengan nilai bidaan disahkan tertinggi setakat ini di Malaysia iaitu dengan harga RM 520,000.00. 
Dengan nilai bidaan tersebut telah mengatasi nilai bidaan sebelum ini :
1. MCA1   = RM 300,100.00
2. TAY 1   = RM 220,000.00
3. WVW 1 = RM 202,000.00


Nombor ini telah dikaitkan dengan kemalangan di lebuhraya PLUS berdekatan Yong Peng yang melibatkan TMJ baru-baru ini. Akibat dari perkara ini, TMJ telah membuat penafian.  

 

Saturday, April 30, 2011

PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM

Perkahwinan Diraja Britain yang meriah di antara Putera William dengan Catherine Middleton di Westminister Abbey berlangsung penuh gemilang.
Turut menghadiri majlis berkenaan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dari Malaysia, Sultan Hassanol Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dari Brunei serta ramai lagi
Pasangan berkenaan juga mendapat hadiah perkahwinan diraja Britain daripada Ratu Elizabeth, gelaran Duke dan Duchess of Cambridge.

Tuesday, October 19, 2010

TENGKU FAIZ DIMASYHURKAN

Tengku Muhammad Faiz Sultan Ismail Petra adinda Sultan Muhammad ke V, dilantik secara rasmi sebagai Tengku Mahkota Kelantan serta pewaris takhta Kesultanan Kelantan.
Istiadat penyerahan watikah perlantikan berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Tengku Faiz diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974 dan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989.
Baginda juga adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Monday, October 11, 2010

KURNIA 19 KENDERAAN

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta terdiri daripada 2 Proton Perdana serta 9 Holden keluaran Australia dan 8 Harley Davidson untuk kegunaan Ibu Pejabat Kontinjen Johor yang bernilai RM 5.5 juta.
Kenderaan ini juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring baginda Sultan dan seluruh keluarga Diraja Johor.
Turut hadir dalam Majlis Derma Kurnia Kenderaan ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Thursday, September 30, 2010

GELARAN TENGKU FAKHRY DITARIK

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V menarik balik penganugerahan dan perlantikan gelaran Temenggong serta Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (DK) (Al Yunus) yang ditauliahkan kepada Tengku Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

Friday, September 24, 2010

SULTAN MUHAMMAD V

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimashyurkan sebagai Sultan Kelantan kini dikenali Sultan Muhammad V.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya, Sultan Ismail Petra yang gering.
Baginda berkenan menggunakan nama ini atas kehendak baginda sendiri bagi mendapatkan keberkatan, berikutan nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu.

Tahun 1900 - 1920
Sultan Muhammad IV
- Tuan Long Senik

Tahun 1890 - 1891
Sultan Muhammad III
- Sultan Ahmad

Tahun 1836 - 1886
Sultan Muhammad II
(Sultan Muhammad Mulut Merah)
- Long Senik Long Tan

Tahun 1800 - 1835
Sultan Muhammad I
- Long Muhammad Long Yunus

Friday, September 17, 2010

TERHARU SAMBUTAN RAKYAT

Sultan Kelantan, Tuanku Faris Petra memzahirkan rasa terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan seluruh rakyat Kelantan di atas pemasyhuran baginda menggantikan ayahandanya.
Turut serta Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan.
Baginda juga berkenan bersalaman dengan para jemaah yang hadir selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Monday, September 13, 2010

TENGKU FARIS DIMASYHURKAN

Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke - 29 setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja menggantikan Tuanku Ismail Petra, ayahanda baginda.
Pengisytiharan pemasyuran ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz di Balairong Seri Istana Besar.
Turut hadir pada majlis ini, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan dan para tetamu jemputan.
Tuanku Faris Petra diputerakan pada 06 Okt 1969 dan telah dianugerahkan Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda juga mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Temenggong, Tengku Fakhry Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan adinda bongsu Tengku Amalin A'lshah Putri.

Friday, September 10, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan meraikan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan.
Kemeriahan majlis ini, menerima kunjungan yang menggalakkan dari seluruh rakyat Negeri Sembilan serta pelawat dari luar negara serta dalam negara.
Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Baginda juga berkenan menyampaikan duit raya kepada semua pegunjung cilik sempena majlis ini.
Hadir sama dua anakanda baginda, Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Ali Redhauddin dan Tuanku Zain Al-Abidin.
Para tetamu juga disajikan dengan hidangan yang sungguh istimewa.

Wednesday, September 8, 2010

KEK HARI RAYA AIDILFITRI

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan berkenan menerima persembahan kek semperna Hari Raya Aidilfitri daripada pelbagai pihak.
Antara kek yang dipersembahkan kepada Tuanku Mizan yang bertemakan masjid berperisa buah dan juga kek berkonsepkan cahaya.
Turut berkenan berangkat hadir sama Raja Permasuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara.
Seri Paduka baginda dan Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan Istana Negara.