Tuesday, October 19, 2010

TENGKU FAIZ DIMASYHURKAN

Tengku Muhammad Faiz Sultan Ismail Petra adinda Sultan Muhammad ke V, dilantik secara rasmi sebagai Tengku Mahkota Kelantan serta pewaris takhta Kesultanan Kelantan.
Istiadat penyerahan watikah perlantikan berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Tengku Faiz diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974 dan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989.
Baginda juga adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Monday, October 11, 2010

KURNIA 19 KENDERAAN

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta terdiri daripada 2 Proton Perdana serta 9 Holden keluaran Australia dan 8 Harley Davidson untuk kegunaan Ibu Pejabat Kontinjen Johor yang bernilai RM 5.5 juta.
Kenderaan ini juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring baginda Sultan dan seluruh keluarga Diraja Johor.
Turut hadir dalam Majlis Derma Kurnia Kenderaan ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Thursday, September 30, 2010

GELARAN TENGKU FAKHRY DITARIK

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V menarik balik penganugerahan dan perlantikan gelaran Temenggong serta Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (DK) (Al Yunus) yang ditauliahkan kepada Tengku Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

Friday, September 24, 2010

SULTAN MUHAMMAD V

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimashyurkan sebagai Sultan Kelantan kini dikenali Sultan Muhammad V.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya, Sultan Ismail Petra yang gering.
Baginda berkenan menggunakan nama ini atas kehendak baginda sendiri bagi mendapatkan keberkatan, berikutan nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu.

Tahun 1900 - 1920
Sultan Muhammad IV
- Tuan Long Senik

Tahun 1890 - 1891
Sultan Muhammad III
- Sultan Ahmad

Tahun 1836 - 1886
Sultan Muhammad II
(Sultan Muhammad Mulut Merah)
- Long Senik Long Tan

Tahun 1800 - 1835
Sultan Muhammad I
- Long Muhammad Long Yunus

Friday, September 17, 2010

TERHARU SAMBUTAN RAKYAT

Sultan Kelantan, Tuanku Faris Petra memzahirkan rasa terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan seluruh rakyat Kelantan di atas pemasyhuran baginda menggantikan ayahandanya.
Turut serta Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan.
Baginda juga berkenan bersalaman dengan para jemaah yang hadir selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Monday, September 13, 2010

TENGKU FARIS DIMASYHURKAN

Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke - 29 setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja menggantikan Tuanku Ismail Petra, ayahanda baginda.
Pengisytiharan pemasyuran ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz di Balairong Seri Istana Besar.
Turut hadir pada majlis ini, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan dan para tetamu jemputan.
Tuanku Faris Petra diputerakan pada 06 Okt 1969 dan telah dianugerahkan Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda juga mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Temenggong, Tengku Fakhry Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan adinda bongsu Tengku Amalin A'lshah Putri.

Friday, September 10, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan meraikan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan.
Kemeriahan majlis ini, menerima kunjungan yang menggalakkan dari seluruh rakyat Negeri Sembilan serta pelawat dari luar negara serta dalam negara.
Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Baginda juga berkenan menyampaikan duit raya kepada semua pegunjung cilik sempena majlis ini.
Hadir sama dua anakanda baginda, Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Ali Redhauddin dan Tuanku Zain Al-Abidin.
Para tetamu juga disajikan dengan hidangan yang sungguh istimewa.