Monday, February 15, 2010

GAGASAN 1MALAYSIA HARUS DIHAYATI OLEH WARGA ASING

Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail bertitah di majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kepada warga asing yang berada di negara ini agar menghayati Gagasan 1Malaysia. Gagasan yang berteraskan keharmonian berbilang kaum serta agama ini hendaklah disemaikan semangatnya ke dalam jiwa warga asing yang terdiri daripada pelajar, ahli perniagaan, profesional asing serta apa juga lapisan warga tersebut.
Baginda yang juga Canselor UniMAP, bertitah agar hubungan diplomatik yang telah terjalin antara Malaysia dengan negara mereka jangan cuba diganggu gugat dengan perlakuan jenayah serta kegiatan agresif yang tidak bermoral kerana masyarakat di sini cintakan kedamaian.
Turut berkenan berangkat hadir ialah Pro Canselor UniMAP, Raja Muda Puan Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

0 comments: