
Baginda serta rombongannya tiba di JB Sentral pada pukul 5.00 petang, selepas selesai melakukan prosedur "turn table" bagi memusingkan lokomotif 86 tan di Stesen Gemas, Negeri Sembilan bagi melayakkan baginda Sultan memperoleh Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26 yang diserahkan oleh Presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad.
KMJ 2010 kali ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila baginda Sultan Ibrahim sendiri sudi memandu kereta api bagi mendekatkan hubugan keluarga Diraja dengan rakyat Johor khususnya melalui program kembara ini.