Paduka Seri Sultan berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan mendapat sepasang cahaya mata Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya Shah.
Thursday, May 29, 2014
RAJA NAZRIN DIMASYHURKAN SULTAN PERAK KE 35
Raja Dr Nazrin Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 35 yang membawa gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin. Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Posted by diraja22 at 3:39 AM 0 Comments
Labels: AZLAN MUZAFFAR, DAVIDSON, NAZIRA SAFYA SHAH, PADUKA SERI SULTAN, PADUKA SERI SULTAN NAZRIN, TUANKU ZARA SALIM, ZARA SALIM
Wednesday, May 28, 2014
SULTAN PERAK MANGKAT
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, 86 mangkat pada pukul 1.30 petang tadi di Institut Jantung Negara. Jenazah almarhum baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir dan akan dimakamkan selepas solat Asar esok di Makam Diraja Al-Gufran Kuala Kangsar.
Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari mulai hari ini hingga sepanjang tempoh berkabung bagi negeri.
Almarhum baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Eleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Manakala anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 2012.
Posted by diraja22 at 3:28 AM 0 Comments
Labels: ASHMAN, AZLAN SHAH, AZUREEN, DR NAZRIN, ELEENA, MANGKAT, NAZRIN SHAH, PEMANGKU RAJA PERAK, PERAK, RAJA PERMAISURI, SULTAN PERAK, TUANKU BAINUN
Wednesday, May 21, 2014
PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH MANGKAT
Tan Sri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak. Jenazah Almarhum Tunku Anuar akan disembahyangkan dan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Jenazah Almarhum Tunku Bendahara Kedah ini juga akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda Almarhum juga merupakan adinda kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Posted by diraja22 at 8:35 AM 0 Comments
Labels: ALMARHUM, HOSPITAL PANTAI IPOH, ISTANA ANAK BUKIT, MAKAM DIRAJA LANGGAR, PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH, TAN SRI TUNKU ANUAR, TUNKU BENDAHARA KEDAH
Subscribe to:
Posts (Atom)