Showing posts with label MAHKAMAH. Show all posts
Showing posts with label MAHKAMAH. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

CERAI DIBICARA SECARA TERTUTUP

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengarahkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana dilaksanakan secara tertutup.
Hakim Syarie, memutuskan demikian bagi menghormati hal peribadi baginda Sultan. Orang awam diminta meninggalkan geleri awam mahkamah bagi tujuan tersebut.
Nik Rohana memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga oleh Tuanku Ismail terhadap Cik Puan Elia.
Baginda Sultan didakwa menjatuhkan talak terhadap Elia Suhana di hadapan beberapa orang saksi di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Ismail Petra berkahwin dengan Elia Suhana pada penghujung tahun 2007.

Monday, May 24, 2010

GAGAL BERTEMU SULTAN

Walaupun Cik Puan Elia Suhana telah mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah untuk melawat suaminya, isteri kedua Sultan Kelantan berkenaan masih tidak bepeluang menemui baginda Sultan.
Elia Suhana gagal dalam cubaan kali kedua untuk bertemu Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra di Istana Mahkota selepas dihalang oleh beberapa pengawal meskipun membawa bersama surat perintah mahkamah. Setibanya rombongan tersebut di pintu hadapan Istana Mahkota pintu tertutup rapat.

Monday, February 22, 2010

TENGKU ANIS DIPERINTAH KE MAHKAMAH


Elia Suhana Ahmad 31, isteri kedua Sultan Kelantan mendapat perintah hak giliran eksklusif bersama Sultan Kelantan selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul tujuh pagi sehingga Isnin waktu yang sama.
Perintah tersebut dibuat atas alasan tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah yang membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid adalah diperintahkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
Bagaimanapun, perintah tersebut didakwa tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama iaitu Raja Perempuan Kelantan.

Thursday, January 28, 2010

TENGKU FAKHRY GAGAL CABAR KEPUTUSAN


Tengku Fakhry Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mencabar keputusan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar atau diadli di mahkamah.