Showing posts with label tengku. Show all posts
Showing posts with label tengku. Show all posts

Friday, September 10, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan meraikan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan.
Kemeriahan majlis ini, menerima kunjungan yang menggalakkan dari seluruh rakyat Negeri Sembilan serta pelawat dari luar negara serta dalam negara.
Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Baginda juga berkenan menyampaikan duit raya kepada semua pegunjung cilik sempena majlis ini.
Hadir sama dua anakanda baginda, Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Ali Redhauddin dan Tuanku Zain Al-Abidin.
Para tetamu juga disajikan dengan hidangan yang sungguh istimewa.

Sunday, June 20, 2010

TIDAK PERKENAN

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Faris menarik balik perlantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.
Tengku Ahmad Zahiri telah menghadap Tuanku Ismail di Istana Mahkota mendakwa baginda Sultan meluahkan kekesalan terhadap tindakan berkenaan. Selain penarikan balik gelaran anugerah JP beberapa anugerah lain turut dilucutkan seperti Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT).
Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada 7 individu dan Jaksa Pendamai (JP) daripada 3 penerima oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sunday, March 21, 2010

MUZIUM LUKUT TERIMA KUNJUNGAN TUANKU MUHRIZ

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat melawat Muzium Lukut semperna Majlis Menjunjung Kasih.
Ketibaan baginda yang turut diiringi Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail serta barisan Exco kerajaan negeri.
Turut berangkat, dua anakanda baginda Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Ali Redhauddin dan Tuanku Zain Al-Abidin. Baginda berdua turut berkenan untuk meninjau sekitar muzium berkenaan selain menyaksikan tinggalan sejarah.
Muzium berasaskan seni bina Bugis ini mengumpul dan memelihara pelbagai airifak, dokumen serta monumen berkaitan Kota Lukut. Kehebatan Kota Lukut ini, yang dibina Raja Jumaat pada 1847 bagi melindungi aktiviti perdagangan bijih timah suatu ketika dahulu. Muzium ini mula dibuka pada 9 April 1999 dan mempunyai 4 galeri meliputi sejarah Lukut, sistem politik, perusahaan dan ekonomi serta kebudayaan.

Monday, March 1, 2010

TUNKU TEMENGGONG JOHOR


Tunku Idris Ibrahim diisytihar sebagai Tunku Temenggong Johor oleh ayahndanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Baharu, Johor.
"Sempena sambutan hari yang mulia ini, pada fikiran saya, adalah molek untuk saya melantik dan menjadikan anakanda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor," titah baginda di hadapan kerabat diraja, pentadbir negeri dan seluruh rakyat yang hadir.
Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain.
Tunku Idris, 22, yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pernah menempa nama dengan mengetuai lintas hormat enam pesawat udara sempena perarakan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak pada 2007.
Lintas hormat itu menggunakan helikopter EC120 yang diiringi dua helikopter EC120 lain, sebuah pesawat jenis Socata TB10 dan dua buah pesawat Eagle 150B buatan Malaysia.

Monday, January 25, 2010

SULTAN MIZAN AGONG YANG KE 13


Sultan Mizan cedera di lutut dan terpaksa menggunakan tongkat semasa Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor pada 23 Januari 2010.Pada 24 Januari 2010, baginda pergi ke Munich, Jerman bagi menjalani rawatan fisioterapi di Medical Park, St Hubertus, Bad Wiessee. Rawatan pakar diketuai Prof Andreas B.Imhoff. Pegawai pengiring baginda ialah pakar perubatan Hospital Putrajaya, pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan.

Pada 30 November 2009, Sultan Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich, Jerman.[1]

Keberangkatan Seri Paduka ke Munich turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta anakanda baginda.