Thursday, April 15, 2010

KEKANDA BUAT LAPORAN POLIS


Krisis Istana Kelantan berlarutan apabila kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra membuat laporan polis mengenai tersebarnya cakera padat (CD) yang didakwa mengandungi cubaan merampas kuasa dan menjejaskan kredibiliti institusi raja Kelantan.

Laporan polis ini dibuat, agar siasatan dijalankan terhadap Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Shukri Mohamad kerana didakwa membuat perancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan. Laporan berkenaan di buat di Balai Polis Ampang Jaya.

CD terbabit merupakan rakaman daripada perjumpaan tertutup anjuran Halim dan Shukri bersama wartawan begi membincangkan mengenai isu Kesultanan Kelantan di Hotel Sutera Inn di Kota Bahru, Kelantan. CD yang tersebar di Kelantan ini juga, dikhuatiri boleh memberi imej negatif kepada Tuanku Ismail Petra dan boleh mengelirukan rakyat terhadap situasi istana Kelantan.

Tengku Merjan merupakan anak sulung daripada empat beradik, manakala Sultan Ismail Petra merupakan anak lelaki bongsu tunggal Almarhum Sultan Yahya Petra.

Ketau Polis Daerah Ampang Jaya mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menyerahkan kes berkenaan kepada polis Kelantan berikutan isu tersebut berlaku di sana.

0 comments: